WALAUPUN sudah sarat mengandung anak ketiga, seorang wanita di Amerika Syarikat ini masih lagi lincah dan aktif di lantai tari!
Christina Litle yang kini sedang sarat dengan usia kandungan 27 minggu telah menarik perhatian orang ramai selepas videonya menari bersama penari lain tersebar.
Menurut wanita itu, dia cuba untuk memberi inspirasi kepada wanita yang sedang hamil di luar sana untuk terus jadi aktif kerana ia memberi banyak kebaikan kepada diri dan anak di dalam kandungan itu.
[WANITA HAMIL ANAK KEMBAR KEKAL KOMITED PERGI GYM]
Wanita yang sudah menjadi guru tarian selama 11 tahun di Napa High School, California itu menyatakan dia turut melakukan perkara yang sama ketika sedang hamil anak pertama dan keduanya sebelum ini.
Video yang viral itu sudah ditonton lebih 200 ribu kali sejak ia dimuat naik di laman Youtube. – MYNEWSHUB.CC