Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

3 Exco Kerajaan Selangor...

PARAH... PAS Selangor mendakwa tiga exco dari parti tersebut dalam barisan kerajaan Selangor...

Lebih 4,300 Ditahan Dalam...

MOSCOW: Lebih 4,300 orang dilaporkan ditahan dalam tunjuk perasaan antiperang di seluruh Russia.Perkara...

Pasangan Kekasih Kantoi ‘Projek’...

GARA-GARA mengikut nafsu, sepasang remaja menjadikan kawasan semak dipenuhi pohon berduri sebagai lokasi untuk...

Tahniah!! TMJ Sah Menjadi...

Istana Bukit Serene, Johor Bahru hari ini meriah meraikan pasangan sejoli yang baru...

Wanita Berani Panjat Tingkat 5 Selamatkan Budak

WANITA ini memang berani, jika tidak masakan dia sanggup memanjat bangunan lima tingkat semata-mata untuk menyelamatkan anak perempuan jirannya yang berusia tiga tahun yang tergantung di luar grill tingkap.

Chen Xiaoli, berada di rumahnya pada pukul 9 malam apabila dia dimaklumkan bahawa anak jirannya terjatuh dan hanya kepala yang tersangkut di tingkap itu.

Chen kemudiannya terus membuka kasut dan mula memanjat bangunan lima tingkat itu di mana kanak-kanak berkenaan tersangkut.

Dia juga terpaksa melompat pada satu tingkap kerana tiada gril dipasang di situ. Apabila Chen berjaya mendekati kanak-kanak berkenaan, dia mendapati budak itu lebih berat daripada jangkaannya.

Namun Chen bernasib baik apabila seorang jiran mereka menghulurkan kain cadar dan Chen kemudiannya mengikat kain itu pada dirinya dan kanak-kanak tersebut.


Chen bergayut di situ selama hampir sejam sehinggalah bomba tiba dan mereka memecah masuk ke rumah kanak-kanak terbabit untuk menyelamatkan kedua-duanya.

Dia yang juga ibu tunggal kepada dua anak, kini dipuji dan digelar sebagai ‘Spiderwoman’ . – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori