Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Keadaan Keselamatan Di Ibu...

KUALA LUMPUR - Keadaan keselamatan sepanjang "Himpunan Rakyat Bersatu" di Padang Merbok di...

Wanita Comel Mualaf Korea...

SEOUL - Seorang gadis jelita Korea Selatan baru-baru ini mencetuskan sensasi dalam kalangan netizen...

Kerajaan Diharap Mansuh sepenuhnya...

PETALING JAYA - Langkah Kerajaan Pusat untuk menggugurkan penggunaan istilah 'lain-lain kaum' bagi...

Mohd. Bakke Jadi Pengerusi...

KUALA LUMPUR- Kementerian Hal Ehwal Ekonomi mengumumkan pelantikan Tan Sri Mohd. Bakke Salleh...

Wanita Berpurdah Jadi Gitaris Band Heavy Metal Di Brazil

BERPURDAH dan bermain gitar bergenre heavy metal, pernahkah anda membayangkan situasi seperti ini?

Di Brazil, kisah seorang wanita muslim yang berpurdah dan pada masa sama merupakan gitaris kepada sebuah kumpulan muzik telah menjadi sensasi internet.

Gisele Marie, 42 yang berasal dari Sao Paulu, merupakan peminat tegar muzik heavy metal.

Difahamkan, dia dibesarkan sebagai penganut Katolik Jerman sebelum memeluk Islam pada 2009 selepas bapanya meninggal dunia.

Gisele-Marie-a-Muslim-woman-and-professional-heavy-metal-musician

rock-burqa0930nw09

Menurut The Express Tribune, Gisele menyertai band Spectrus bersama abangnya selama beberapa tahun sebelum bersama sebuah band baru dan kini sedang bertungkus-lumus menyiapkan sebuah album.


Menurutnya, ramai terkejut melihat seorang wanita Muslim yang mengenakan purdah bermain dalam kumpulan heavy metal, namun ada juga yang berasakan ia unik, menarik, dan sangat ‘cool’.

“Saya tidak peduli pandangan orang ramai terhadap saya hanya kerana saya memakai niqab, tetapi saya berharap orang ramai memahami bahawa Islam adalah agama dan muzik profesion saya, dan sememangnya dua perkara ini merupakan ciri-ciri peribadi saya.

“Fokus saya ialah pada muzik dan hakikat bahawa saya seorang Islam tidak mempunyai pengaruh atau apa-apa kaitan ke atas muzik yang saya mainkan,” katanya.

Tambah Gisele lagi, dia kini sedang melawan stereotaip dan berharap lebih ramai melakukan perkara sebegini. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori