Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mujahid, Kursus Perdana Haji...

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekali lagi dicabar untuk menubuhkan segera...

Pesawat Lion Air Terhempas,...

JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia mengesahkan pesawat Lion Air terhempas di perairan Karawang,...

Siti Nurhaliza Mahu Dana...

KUALA LUMPUR - Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin berharap Bajet...

Sabah Patut Bersyukur Najib...

KOTA KINABALU – Rakyat Sabah perlu bersyukur kerana mempunyai Datuk Seri Najib Tun...

Wanita Ditinggal Suami Sanggup Serah Anak Secara Percuma

WANITA ini memang kejam, apa tidaknya kerana ditinggalkan suami, dia sanggup menyerahkan tiga orang anaknya kepada sesiapa pun di bandar raya Guangzhou, di China secara percuma.

Media tempatan melaporkan wanita yang tidak dikenali itu dilihat merayau bersama tiga anaknya di stesen kereta api dan menyatakan dia tidak lagi mempunyai tempat tinggal selepas rumahnya roboh.

Kehadirannya di kawasan itu mendapat perhatian kerana dia mempunyai tiga orang anak, sedangkan mengikut polisi di China, setiap keluarga hanya dibenarkan memiliki satu anak.

budak

Ketika polis menghampiri wanita itu, dia mendakwa berusia 25 tahun manakala anak-anaknya pula masing-masing berusia tiga tahun, dua tahun serta lapan bulan.

Dia juga menunjukkan sijil kelahiran anak-anaknya bagi mengelakkan dituduh menjalankan pula sindiket pemerdagangan manusia.


Alasan yang diberikan oleh wanita itu ialah dia tidak mempunyai tempat tinggal.

Bagaimanapun selepas polis memujuknya supaya pergi ke sebuah tempat perlindungan, dia menolaknya dan kemudian menghilangkan diri.

Tidak diketahui sama ada ceritanya itu benar atau hanya satu penipuan, namun terdapat beberapa orang yang bersimpati menghulurkan derma kepadanya. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=6NkMvLQHfaA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori