APABILA seorang pelukis Gothic dari Los Angeles, Christine McConnell memutuskan untuk menghias rumah ibu bapanya bagi Halloween, dia tidak bermaksud hanya memasang labu di luar rumah sehaja.
Sebaliknya, Christine telah mengecat dan mengubah rumah ibu bapanya hingga menjadi umpama rumah hantu.
“Saya mempunyai rumah sendiri tetapi rumah mereka mempunyai latar belakang yang cantik dan saya suka berada bersama mereka, jadi saya meloncat kegembiraan apabila melakukan pengubahsuaian ini,’’ katanya.
Dia mengambil masa selama tiga hari untuk mengubahnya dan melakukan semuanya sendiri.
Ditanya reaksi ibu bapanya mengenai dekorasi berkenaan, Christine berkata, mereka agak skeptikal tetapi selepas melihat gigi hiasan itu, mereka menyukainya. – MYNEWSHUB.CC