Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Rafizi Bakal Dedah Pemimpin...

PETALING JAYA - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli akan mendedahkan...

Rakaman Audio: Latheefa Dijangka...

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya dijangka...

44,520 Sukarelawan JPAM Sedia...

KLANG - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Selangor bersiap siaga untuk mengerah 44,520...

Pembentangan Bajet 2015 Fokus...

KUALA LUMPUR - Pembentangan Bajet 2015 akan menjadi fokus utama Mesyuarat Ketiga, Penggal...

Wanita Warga Emas Maut Dilanggar Lori Pasir Ketika Melintas Jalan

JOHOR BAHARU – Seorang wanita warga emas maut selepas terjatuh dan dilanggar lori pasir ketika sedang melintas di jalan Kangkar Tebrau, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, Tan Mee Mee, 64, meninggal dunia akibat tersepit di celah tayar lori pasir berkenaan.

“Kejadian dipercayai berlaku ketika Tan sedang berjalan kaki pulang dari sebuah kedai ke pusat jagaan warga emas yang didiaminya tidak jauh dari tempat kejadian.

“Dia dikatakan terjatuh ke atas jalan sebelum dilanggar tayar kiri sebuah lori pasir tanpa muatan seberat 10 tan,” katanya hari ini.

Sulaiman berkata Tan mengalami kecederaan parah di pinggang dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultan Ismail, di sini untuk bedah siasat.


Katanya, pemandu lori berumur 59 tahun itu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Trafik Johor Baharu Selatan.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau, Ronnie Robert ketika dihubungi berkata sebuah jentera bomba bersama sembilan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian bagi membantu mengeluar mayat mangsa.

Anggota bomba mengambil masa kira-kira 20 minit bagi mengeluarkan mayat Tan yang tersepit itu, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori