Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Video: Terbaik! Layanan Pekerja...

SEBUAH video memaparkan layanan pekerja Starbuck kepada seorang pelanggan Orang Kelainan Upaya (OKU)...

PRU15 Peluang Terbaik Tamatkan...

SIBU - Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menawarkan peluang terbaik buat Gabungan Parti...

“Flight Data Recoder” CN235...

KUALA LUMPUR - "Flight Data Recoder" dan "Voice Data Recoder" pesawat Tentera Udara...

Malaysia Negara Korup? Cuba...

ISU persepsi 'panas' konon Malaysia antara negara paling korup seperti sering dimomok pemimpin...

Warga Asing Ditahan, Jual Sekilo Dadah Pada Polis

SEORANG pengembara muda dari Ireland berdepan hukuman penjara 50 tahun di Thailand selepas cuba menjual sekilo dadah kepada seorang polis tempatan di Chiang Mai.

Kieran Barry, 23, ditangkap dalam satu operasi yang dilancarkan oleh Unit Jenayah Thailand.

Dia menjadi perhatian polis selepas menjual ganja secara dalam talian termasuk Acapulco Gold, Maui Waui dan Chocolate Thai.

Susulan itu polis telah menyamar sebagai pelanggan dan mereka bersetuju mengatur pertemuan di sebuah hotel pada 19 Oktober lalu.

Ketika ditangkap Barry mendakwa dia tidak ada kaitan dengan urusan jual beli berkenaan dan telah diperangkap.


Namun dia akhirnya mengaku menjual dan membeli dadah di Chiang Mai.

Barry telah didakwa dengan beberapa tuduhan melibatkan kes dadah dan hanya akan menjalani perbicaraan pada 2016 atau 2017. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori