BUTTERWORTH – Seorang warga emas cedera dileher dan lebam di beberapa bahagian badan akibat dicekik dan dipukul anak saudaranya yang berang selepas mangsa enggan memberikan wayar televisyen milik wanita itu dalam kejadian di Ujong Batu, di sini semalam.
Jurucakap polis berkata dalam kejadian pukul 4 petang itu, wanita berusia 62 tahun berada di rumahnya sendirian sebelum didatangi remaja lelaki berumur 17 tahun mahu mengambil wayar televisyen.
“Mangsa menghalang anak saudaranya daripada mengambil wayar berkenaan kerana ia adalah milik warga emas itu, ekoran marah dengan kejadian itu remaja lelaki terbabit memaki hamun wanita sebelum bertindak memukul sebelum bertindak mencekik leher mangsa dan memukul warga emas itu,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata mangsa meronta-ronta untuk menyelamatkan diri bagaimanapun gagal dan remaja lelaki itu hanya melepaskan warga emas berkenaan selepas dia menjerit meminta tolong.
Jurucakap polis berkata mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di klinik berhampiran dan pemeriksaan mendapati wanita itu mengalami kecederaan di leher serta lebam di beberapa bahagian badan.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Azmi Adam ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihak polis. – BERNAMA
[wpdevart_youtube]9noPYDvDceg[/wpdevart_youtube]