Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Banjir Puncak Alam: Penduduk...

PUNCAK ALAM - Banjir yang berlaku di Fasa 2 Puncak Alam, di sini...

Ketua Turus Tentera Arab...

KUALA LUMPUR - Ketua Turus Angkatan Tentera Arab Saudi, Jen Abdaul Rahman Saleh...

‘Oktoberfest’, Pesta Arak Dua...

KUALA LUMPUR – Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming bertindak menjelaskan...

KDN Serbu Muzium Komik,...

GEORGETOWN - 13 naskhah komik propaganda 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama'...

Che Ta Akui Upah Jurugambar Setiap Kali Pergi Melancong

RAMAI yang mengetahui pelakon dan pengacara jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta memang sangat gemar melancong. Boleh dikatakan, setiap bulan ada sahaja destinasi percutian luar negara yang bakal dikunjunginya.

Terbaharu, melancong ke Australia bersama suami, Zain Saidin dan anaknya perempuan, Aaisyah Dhia Rana.

1

Apa yang menarik, gambar-gambar percutian yang dikongsikan Che Ta semuanya cantik-cantik belaka.

Bercakap kepada Sinar Harian, Che Ta akui yang dia sebenarnya mengupah seorang jurugambar setiap kali pergi bercuti ke luar negara bagi mendapatkan gambar yang cantik dan memuaskan hati.

“Senang kalau bawa jurugambar sendiri, tak payahlah kita susah nak ambil gambar selfie atau pelbagai gaya.

“Kita jalan sahaja senang sudah ada orang ambilkan gambar kita. Kalau kita sendiri yang ambil gambar susah.

“Oleh itu, tidak kira ke mana saya akan pergi, bercuti atau berbulan madu, saya akan bawa jurugambar untuk memudahkan kerja saya,” katanya.


Untitled

Tambahnya, jurugambar yang diupah itu akan memasukkan gambar sepanjang percutian mereka ke dalam sebuah album gambar.

Pada masa sama, Che Ta menyifatkan apa yang dikongsi di dalam Instagram adalah untuk memberikan motivasi kepada wanita lain untuk berjaya sepertinya.

“Memang ada orang cakap saya ambil semua gambar bercuti untuk tujuan menunjuk-nunjuk, tetapi sebenarnya tidak.

“Saya mahu gambar itu menjadi motivasi kepada wanita di luar sana untuk berusaha sehingga berjaya dan boleh menjadi seperti saya dapat bercuti ke mana sahaja.

“Sebagai wanita, jangan mengharap sangat duit lelaki, perlu berdiri atas kaki sendiri,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori