Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

MP Labuan Gagal Batal...

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, hari ini gagal dalam permohonan...

Tahanan Sosma Di Penjara...

SUNGAI BULOH - Seramai 118 tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas)...

Rumah Agam Playboy Dijual...

RUMAH agam milik penaung majalah lucah terkenal Amerika Syarikat, Playboy yang dimiliki Hugh...

Aishah Terima Banyak Tajaan...

SEMALAM, isu penyanyi Aishah yang dikatakan tidak mendapat tajaan dalam program Gegar Vaganza...

Yang Di-Pertuan Agong Jalani Rawatan Berkala Di IJN

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menjalani rawatan berkala seperti yang dijadualkan di Institut Jantung Negara (IJN) malam tadi.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wira Awang Kechik Abdul Rahman dalam satu kenyataan di sini, hari ini berkata, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, 88, berangkat ke IJN pada 10.30 malam tadi (Khamis 22 Okt) dengan kenderaan rasmi Seri Paduka bagi menjalani pemeriksaan kesihatan berkala seperti yang dijadualkan.

“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sedang berehat dan dijangka akan kembali bertugas secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut menzahirkan rasa terharu dan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan baginda. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • IJN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori