Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kenyataan Majlis Raja-Raja Tentang...

ALOR SETAR - Kenyataan oleh Majlis Raja-Raja tentang siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad...

Picit Alat Sulit Bapa...

SEOARANG wanita telah didakwa membunuh bapa mertuanya dengan memicit alat sulit lelaki berkenaan...

Sidek Hassan Contoh Anak...

KUALA LUMPUR - Ketabahan, keazaman, ketahanan dan integriti. Itu lah empat perkataan yang digunakan...

Pemandu Lori Rempuh 11...

JOHOR BAHRU : Pemandu lori yang merempuh 11 kenderaan di Tambak Johor semalam...

YouTube Red Diumumkan, Langganan Berbayar Tanpa Iklan

KINI secara rasminya, Google memperkenalkan YouTube Red, iaitu perkhidmatan baru memfokuskan kepada peminat YouTube dalam menikmati perkhidmatan video terkemuka tersebut tanpa sokongan iklan.

Bagaimana pun buat masa ini ia hanya terhad untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja dengan harga langganan sebanyak USD9.99 (RM42.49) sebulan.

youtube-red_01

YouTube Red ini, selain membolehkan pengguna menikmati YouTube tanpa iklan, ia juga akan menawarkan pengguna untuk menyimpan video ditonton secara offline melalui telefon atau tablet.

YouTube turut bekerjasama dengan beberapa penerbit kandungan untuk menawarkan siri video dan filem yang khusus untuk YouTube.

Di samping itu, Google turut mengumumkan YouTube Music yang direka bentuk untuk memudahkan pengguna menemui, menonton dan mendengar muzik daripada YouTube.

YouTube Music ini akan ditawarkan sebagai aplikasi berasingan tidak lama lagi.


Dengan pengumuman baru ini, ia menambahkan lagi beberapa aplikasi berbeza Google di bawah jenama YouTube, termasuk YouTube Gaming dan YouTube Kids yang telah diumumkan sebelum ini.

Namun buat masa ini, ianya hanya untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah akan diperluaskan untuk pasaran tempatan. – Mynewshub.cc

Sumber: Youtube-Global

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori