KUALA LUMPUR – Zoo Negara dekat ibu negara berasa kecewa dan menafikan berita bahawa seekor harimau belang jantan kononnya telah ditembak oleh pihak polis sehingga mati.
Pengarah Zoologi dan Veterinar, Pusat Konservasi Panda Gergasi, Dr. Mat Naim Ramli berkata berita yang menjadi viral menerusi aplikasi WhatsApp itu tidak patut dijadikan bahan jenaka.
“Dengan penyebaran berita palsu yang tersebar luas bermula semalam, pihak kami telah dihujani pelbagai pertanyaan dan ketakutan dari pihak awam,” katanya.
Beliau berkata pihak pengurusan Zoo Negara sentiasa memastikan kawasan dan persekitaran zoo tersebut sentiasa dalam keadaan selamat untuk orang ramai berkunjung.
Aplikasi itu menyebut kejadian berlaku pada pukul 9.30 pagi dan saksi ditempat kejadian mendakwa harimau berkenaan berkeliaran di kawasan zoo dalam keadaan lapar sebelum ia ditembak oleh pihak polis. – BERNAMA