Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

5,419 Kes Baharu COVID-19...

PUTRAJAYA - Sebanyak 5,419 kes baharu kes COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah...

Yazid Search Uzur Terkandas...

BANDAR SERI BEGAWAN - Hasrat pemain dram kumpulan Search, Yazid Ahmad untuk pulang...

NGO Diminta Hentikan Spekulasi...

TASEK GELUGOR - Kerajaan Pulau Pinang hari meminta badan-badan bukan kerajaan dan orang...

Russia Label Penerima Anugerah...

MOSCOW : Kementerian Kehakiman Russia menyenaraikan ketua pengarang akhbar Novaya Gazeta, Dmitry Muratov...

ZTE AXON Mini Dengan Fungsi Force Touch Seperti iPhone 6s

ZTE sedia memasarkan telefon pintar mereka di Malaysia beberapa tahun yang lepas, dan terkini seiring dengan kebanyakkan jenama-jenama dari China yang berkembang pesat, mereka akan menawarkan flagship terbaru ke pasaran Malaysia iaitu ZTE AXON Mini.

Telefon pintar AXON Mini ini hadir dengan skrin yang boleh mengesan tekanan, di mana ia boleh mengesan beza kekuatan yang digunakan oleh pengguna untuk menekan skrin, sama seperti fungsi force toch yang terdapat di dalam teknologi iPhone 6s.

Ini sekaligus membolehkan pengguna menikmati beberapa fungsi tambahan terutamanya dalam kawalan kata laluan, ataupun untuk menikmati permainan interaktif.zte-axon-mini1ZTE AXON Mini juga turut hadir dengan sokongan pengimbas cap jari, selain turut membolehkan pengguna log masuk peranti menggunakan pengimbas mata.

Dari segi spesifikasi, ZTE AXON Mini hadir dengan skrin bersaiz 5.2-inci, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 616, memori 3GB RAM, bateri berkapasiti 2800mAh, dan ruangan storan bersaiz 32GB.


ZTE AXON Mini menggunakan kamera belakang 13-megapixel dengan sokongan PDAF (phase detection autofocus) dan kamera hadapan 8-megapixel.

ZTE AXON Mini ini membawakan harga sekitar USD439 (RM1,814), memandangkan ZTE AXON Elite ditawarkan pada harga RM1999 di Malaysia, mungkin harga akhir untuk ZTE AXON Mini di Malaysia adalah sedikit murah. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

Sumber: Businesswire

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori