Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

‘Direbus’ Hidup-Hidup Dalam Kawah...

MENGERIKAN, seolah-olah direbus hidup-hidup. Aksi ini dirakamkan oleh Michael Diez yang berasal dari...

Juruterbang Cantik Sweden Kini...

MARIA Fagerström bukan calang-calang wanita. Dia bukan sahaja cantik malahan Maria merupakan juruterbang...

Tak Tahan Nak Buang...

TIDAK kira apa yang anda sedang lakukan, ada keperluan yang datang secara tiba-tiba...

SPR Putuskan Tiada PRK...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan...

121 Mangsa Berada Di Tiga Pusat Pemindahan Di Perak

IPOH – Sebanyak 121 daripada 36 keluarga masih berada di tiga pusat pemindahan selepas kampung mereka dinaiki air serta tanah runtuh di beberapa daerah di Perak sejak beberapa hari lepas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak Yahya Madif berkata hanya mangsa banjir dari Kampung Sarkai, Batu Gajah dibenarkan pulang petang semalam selepas kawasan rumah mereka selamat diduduki.

40 mangsa daripada 14 keluarga yang dipindahkan malam tadi ialah dari daerah Hilir Perak di Teluk Intan, iaitu Kampung Mesra, Kampung Batu 8, Lorong Kedah Batu 9 dan Kampung Batu 8,keluarga, katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata semua mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong, Teluk Intan selepas hujan lebat serta air naik setinggi 0.5 meter akibat limpahan dari sungai berhampiran.

Sebanyak 37 mangsa daripada 11 keluarga dari Kampung Padang Serai, Pantai Remis masih ditempatkan dewan orang ramai Kampung Padang serai selepsa kawasan rumah mereka dilanda banjir lumpur akibat tanah runtuh sejak minggu lepas, katanya.


Yahya berkata sebanyak 44 orang daripada 11 keluarga dari Kampung Changkat Lobak dan Kampung Air Hitam, Bagan Serai masih ditempatkan di pusat pemindahan sekolah kebangsaan Changkat Lobak.

Agensi yang terlibat membantu mangsa banjir ialah JBPM, RELA, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori