Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Keganasan Rumah Tangga: Johor...

JOHOR BAHRU - Johor mencatatkan 3,424 kes keganasan rumah tangga dari tahun 2013...

Bank Ditipu, Lulus Pinjaman...

PETALING JAYA - Penyalahgunaan identiti semakin berleluasa, malahan identiti orang mati juga disalah...

“Baru Tatih, Belum Pandai...

SEORANG kanak-kanak berusia setahun 10 bulan terpaksa menjalani pembedahan demi menyelamatkan nyawanya selepas...

‘PM Tepi’ Jadi Sebutan...

SIDANG Dewan Rakyat, hari ini, dimaklumkan ada lima jenis ‘PM’ atau Perdana Menteri...

1,261 Bot Laut Dalam Masih Aktif

KUALA LUMPUR – Sejumlah 1,261 bot menangkap ikan laut dalam masih beroperasi dan aktif di negara ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Nogeh Anak Gumbek berkata bagi jumlah syarikat laut dalam pula terdapat 226 syarikat terdiri daripada 171 syarikat milik penuh Bumiputera dan 55 syarikat bukan Bumiputera.

“Di Sabah sahaja, pengeluaran lesen laut dalam yang dikeluarkan Pejabat Perikanan Negeri Sabah adalah 51 lesen,” katanya menjawab soalan Datuk Marcus Mojigoh (BN-Putatan) yang ingin tahu jumlah bot dan syarikat menangkap ikan laut dalam yang beroperasi dalam negara.

Selain itu, Nogeh berkata sebanyak 124 syarikat bot laut dalam berpengkalan di pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang manakala 47 syarikat seumpamanya berada di Sabah, Sarawak dan Labuan.


Beliau berkata Jabatan Perikanan Malaysia tidak membenarkan pemegang lesen untuk menyewakan bot-bot mereka kepada nelayan asing, kecuali membenarkan penggunaan warga asing sebagai awak-awak.

Kementerian juga katanya akan mempergiat kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk memantau kegiatan bot penangkapan ikan di tepi pantai. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori