Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bot Dinaiki 7 Pemancing...

ALOR SETAR - Sebuah bot pancing yang dinaiki tujuh individu hilang di perairan...

Himpunan 355 Tindak Balas...

KUALA LUMPUR - Himpunan 355 di ibu negara pada 18 Februari ini merupakan...

Neelofa, PU Riz Bernikah...

KUALA LUMPUR - Pengacara popular Neelofa dikhabarkan bakal mengakhiri zaman bujang dengan pendakwah...

Mahkamah Putuskan 18 Pelajar...

Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bersalah di atas pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain.Keputusan itu dibacakan hakim Mahkamah Tinggi Azman Abdullah hari ini, menurut laporan Astro Awani.Menurut keputusan itu, enam tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan, atas kesalahan membunuh dan bersubahat membunuh Allahyarham.12 penuntut lagi didapati bersalah di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan kerana mencederakannya.Hakim akan membacakan hukuman terhadap tertuduh selepas ini, menurut laporan itu lagi.

Desak NOW, Malaysian Insider Tarik Balik Kenyataan

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan dakwaan yang beliau menyalahgunakan hasil sumbangan orang ramai bagi membiayai perjalanan ke luar negara dan ia adalah kenyataan jahat berupa fitnah serta menyimpang daripada fakta sebenar.

Sehubungan itu, Jamil Khir menuntut Pengarah NOW (National Oversight and Whistleblowers) Akmal Nasir dan The Malaysian Insider menarik balik dakwaan dan fitnah jahat yang dibuat serta memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam.

“Jika tidak, saya akan memulakan tindakan saman fitnah dan malu melalui peguam saya kerana tindakan ini benar-benar telah menjatuhkan maruah kredibiliti saya,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Portal berita, The Malaysian Insider hari ini melaporkan dakwaan Akmal mengenai lawatan Jamil Khir itu dan beliau turut mendedahkan beberapa dokumen yang merujuk kepada perbelanjaan Jamil Khir ke luar negara untuk menghadiri program dan dibiayai Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Beliau berkata lawatannya ke Amerika Syarikat (Amerika) pada 21 hingga 29 Mei 2014 adalah bagi memenuhi jemputan program yang dianjurkan agensi di bawah seliaannya, terutama YaPEIM dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Amerika.

Ini termasuk program Education Malaysia (EM) Chicago sempena Mid West Game yang menghimpunkan lebih 1,000 pelajar dari Amerika serta Kanada, kata Jamil Khir.

“Dakwaan kononnya program saya di Amerika bersifat bersuka ria menggunakan dana anak yatim adalah satu fitnah besar dan cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti dan maruah saya selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri,” katanya.


Beliau berkata “adalah tidak adil hanya mempamerkan dokumen yang mengelirukan dan tidak menggambarkan keseluruhan program melibatkan saya.”

Jamil Khir berkata beliau sentiasa terbuka dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa untuk disiasat sekiranya benar wujudnya salah laku melibatkan dirinya atau agensi di bawah seliaannya.

“Tiada apa yang perlu disembunyikan kerana segalanya mengikut prosedur dan tatacara yang ditetapkan,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]CPzS90lG8U8[/wpdevart_youtube]

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori