Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Warga KDN Rai Pelantikan...

PUTRAJAYA - Kira-kira 200 warga kerja Kementerian Dalam Negeri hari ini meraikan Menteri...

Gambar Menteri Indonesia Tertidur...

GAMBAR menunjukkan Menteri Maritim dan Perikanan Indonesia, Susi Pudjiastuti sedang nyenyak tidur di...

LTTE: Ketua Pegawai Eksekutif...

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka mengaku tidak bersalah...

Kandungan Hari Pertama TV...

PASIR MAS - Langkah Kementerian Pendidikan memperkenalkan Televisyen (TV) Pendidikan sepanjang tempoh Perintah...

1,400 Pembekal Sedia Stok Makanan Untuk 3 Bulan

BUTTERWORTH – Sebanyak 1,400 pembekal barang keperluan asas di seluruh negara telah membuat persiapan menghadapi banjir dengan menyediakan stok makanan untuk tempoh tiga bulan.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad berkata pihaknya telah membuat pemeriksaan dan pemantauan bagi memastikan bekalan mencukupi terutama ketika musim banjir.

“KPDNKK telah membuat persiapan yang sewajarnya untuk memastikan bekalan khususnya beras, gula, tepung, minyak masak dan gas memasak tidak terputus serta dapat dibekalkan kepada orang ramai termasuk di pusat pemindahan banjir.

“Berdasarkan pemantauan kami di seluruh negara, sebanyak 1,400 pembekal telah memberi jaminan bekalan makanan terutama keperluan asas mencukupi untuk tempoh tiga bulan akan datang,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Syarikat Keluarga Utama Sdn Bhd di Perai di sini hari ini.

Syarikat itu merupakan pembekal utama barang keperluan asas di wilayah utara dan mereka telah menyediakan stok beras sebanyak 1,600 tan, gula (3,000 tan) dan tepung gandum (500 tan).

Alias berkata pihaknya juga mewujudkan pasukan khas bagi membantu agensi berkaitan khususnya Jawatankuasa Tindakan Bencana Negeri dan Daerah dalam mendapatkan bekalan barang keperluan harian untuk mangsa banjir yang memerlukan.


Katanya KPDNKK juga akan memastikan negeri yang tidak berisiko banjir besar seperti Pulau Pinang mempunyai lebih banyak bekalan makanan dalam usaha memastikan stok sentiasa mencukupi.

“Selain mempunyai bekalan yang cukup, kami juga akan memastikan akses untuk menghantar dan mendapatkan stok itu berjalan lancar,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memberi amaran kepada peniaga agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan ketika musim banjir dan tindakan undang-undang akan diambil jika mereka ingkar.

“Ketika ini KPDNKK belum putuskan untuk mewartakan harga kawalan ke atas barang keperluan berkenaan tetapi jika ia dijual dengan harga lebih mahal dan tidak terkawal, kami akan menetapkan harga siling dalam usaha melindungi pengguna,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]CnuGHq8DwS0[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori