Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

54 Individu Ditahan Kerana...

MIRI - Polis menahan 54 individu termasuk lima warga asing atas sebab kesalahan...

KL2017: Phoon Eyin Menang...

KUALA LUMPUR - Phoon Eyin menghadiahkan negara pingat perak menerusi acara jianshu wanita...

Pemuda Maut Kereta Bertembung...

KEMAMAN - Seorang pemuda maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori di...

Kerajaan Terengganu Jadikan Nina...

SETIU - Kerajaan negeri Terengganu akan mengambil Woo Nina Grace, 19, yang baharu...

Annuar Dedah Surat Kerajaan Kelantan Tak Mampu Taja TRW?

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kecewa dengan keputusan kerajaan Kelantan enggan memberi peruntukan sebanyak RM2 juta kepada pasukan The Red Warriors (TRW).

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, situasi itu pasti menyukar pasukan bola sepak Kelantan bersaing dengan pasukan-pasukan lain yang mendapat peruntukan besar daripada kerajaan negeri masing-masing.

Annuar Musa
Annuar Musa

“Entah ke mana lagi nasib pasukan negeri nak bergantung. Dalam keadaan semua (kerajaan) negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Terengganu dan lain-lain melabur semakin besar melebihi RM15 juta untuk pasukan negeri masing masing, pasukan negeri kita sudah tiada tempat lagi untuk mengadu,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Annuar turut mendedahkan surat rasmi daripada Pejabat Menteri Besar Kelantan berhubung perkara itu menerusi laman Facebook beliau.


Surat rasmi itu antara lain menyebut kerajaan Kelantan belum dapat mempertimbangkan permohonan KAFA untuk mendapatkan peruntukan RM2 juta disebabkan kedudukan kewangan semasa.

Surat itu ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Kelantan, Shamsul Abu Bakar. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori