Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Raja Ilya Malas Layan...

SEPERTI yang telah diketahui ramai, pelakon Raja Ilya pernah mengesahkan bahawa dia telah...

Kematian Tragis Guna Cangkul...

BEBERAPA gambar tidak sensitif mempersendakan cara kamatian seorang remaja perempuan dari negara jiran...

Kes Murid Dikurung –...

SUSULAN kes kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dikurung dan didera di Butterworth, Pulau Pinang...

Muhyiddin Beredar Dari Istana...

KUANTAN - Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan Istana Abdul Aziz di Indera Mahkota,...

Tampar Ika Nabella, Pengarah Azma Aizal Didenda RM2,000

PENGARAH Azma Aizal Yusoof mengakui bersalah atas tindakannya mengasari pelakon, Ika Nabella di set penggambaran drama Dawai Asmara baru-baru ini.

Bercakap kepada Berita Harian, Azma memberitahu, atas kesalahannya itu dia telah didenda sebanyak RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang, pada Isnin.

Sementara itu, Azma yang popular menerusi watak ‘Butang’ dalam drama Sindarela juga memberitahu telah memohon maaf kepada Ika susulan tindakannya itu.

Ika Nabella (tengah) bersama pengarah drama Azma Aizal Yusoof (kiri) dan pelakon Mahmud Ali Basha.
Ika Nabella (tengah) bersama pengarah drama Azma Aizal Yusoof (kiri) dan pelakon Mahmud Ali Basha.

“Saya akui kesalahan saya menampar Ika atas niat kerana ingin memberikan mutu lakonan terbaik bagi drama bersiri arahan saya

“Namun bukan semua orang dapat menerima teknik yang saya gunakan. Jadi saya membuat keputusan menyerah diri kepada polis sehari selepas Ika membuat laporan.

“Saya ada menghantar mesej kepada Ika meminta maaf kerana mengasarinya. Dia membalas mesej dan turut memohon maaf terhadap apa yang berlaku.

“Alhamdulillah perkara yang terjadi mematangkan saya. Insiden ini memberi impak bukan saja kepada saya dan Ika malah kepada seluruh warga produksi,” ujarnya.


Dalam pada itu, Azma turut menyatakan dia tidak lagi mengendalikan drama Dawai Asmara tersebut ekoran memilih untuk mengundur diri.

Jelasnya, keputusannya itu atas rasa tanggungjawab dan perkara itu telah dimaklumkan kepada penerbit drama berkenaan iaitu Datuk Rosyam Noor.

Terdahulu, Ika yang memegang watak utama dalam drama Dawai Asmara dilaporkan ditumbuk di bahagian muka dan badan bertubi-tubi oleh pengarah drama tersebut iaitu Azma ekoran pelakon itu gagal melakonkan apa yang diinginkan.

Susulan itu, Ika telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: BH Online

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=ygd6Hbxe42E]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori