Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pemilihan Umno Mungkin Pada...

Pemilihan Umno bagi penggal 2021/2023 mungkin diadakan pada November tahun depan, kata Timbalan...

Lakar Sejarah Tinju, Tali...

KUALA LUMPUR - Peninju profesional negara, Muhamad Farkhan Haron memahat nama selaku petinju...

Profesor Universiti Buat Kerja...

MEMANG kedengaran sangat janggal apabila seseorang yang sangat disegani oleh anak murid tergamak...

Polis Tumpas Sindiket Edar...

SHAH ALAM - Polis menahan 10 pekerja kedai makan warga Thailand di sebuah...

Individu Jujur Mohon Maaf, Masuk Stadium Tanpa Pas

JIKA kita melakukan kesilapan dan kesalahan kepada orang lain di dalam hidup ini, tiada had masa yang ditetapkan untuk kita kembali ke pangkal jalan dan memohon maaf secara ikhlas.

Individu yang berani tampil memohon maaf atas kesalahan yang dibuat adalah individu beruntung kerana masih memiliki sifat ihsan di dalam hatinya untuk mengakui kesilapan yang dilakukan.

Jangan gusar dan bimbang, tiada siapa yang boleh perlekeh mahupun pertikaikan keikhlasan itu malah ia akan membuatkan orang ramai kagum dengan tindakan itu.

Lihat sahaja seorang hamba Allah ini, dengan beraninya dia telah tampil membuat pengakuan jujur tentang kesalahannya dan memohon maaf secara terbuka tanpa rasa malu.

Individu yang dipercayai berasal dari Terengganu itu mengaku telah membuat kesalahan dengan memasuki Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin tanpa pas atau tiket baru-baru ini.

Menerusi satu surat rasmi yang dituju khas kepada Pengurus Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, individu yang tidak menyatakan namanya itu mengaku telah masuk secara haram untuk menonton perlawanan bola di antara Terengganu dan Lions xii pada November 4 yang lalu.

Mengakui terpengaruh dengan rakan-rakannya, individu berkenaan turut sertakan jumlah wang sebanyak RM15 sebagai bayaran tiket yang dikenakan untuk memasuki stadium itu.

1


Dia juga berazam untuk tidak mengulangi kesilapannya itu kerana takut akan hukuman di akhirat kelak.

“Saya takut kesilapan saya ini akan dibicarakan di mahkamah Allah dan menyesali di atas perbuatan saya itu serta berazam untuk tidak mengulanginya lagi di masa akan datang,” tulisnya.

Memang betul pun, dia mungkin akan terlepas dari hukuman di dunia, tetapi hukuman di akhirat sudah terang tidak dapat dieelak.

Apa-apa pun, syabas buat individu ini di atas kejujuran dan keberaniannya untuk membuat pengakuan sedemikian.

Semoga kisah ini dapat memberi pengajaran kepada semua orang yang pernah melakukan kesilapan dan kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori