Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Tragis! Warga Emas Maut...

PETALING JAYA - Akibat cuai ketika ingin membuang sampah, seorang wanita maut selepas...

Pemuda Menyamar Polis Untuk...

SEORANG pemuda yang risaukan mengenai bapanya yang kerap mengunjungi rumah pelacuran, telah mengambil...

Kuih Peneram Sepi, ‘Lima...

BAGAN SERAI - Kuih peneram sepi, manakala kuih 'lima seringgit' pula menjadi popular...

Paraglider Hilang Sejak Petang...

KUALA KUBU BHARU - Seorang paraglider hilang selepas melakukan terjunan dari Bukit Batu...

Gambar Izzah Dan Jacel Kiram Bukti Anwar Dalang?

RASANYA pasti ramai masih lagi segar dalam ingatan bagaimana tindakan ekstrem Sultan Sulu, Jamalul Kiram III mengarahkan puluhan pengikutnya menceroboh Sabah pada awal 2013 lalu yang mencetuskan kontroversi.

Baginda yang mendakwa dirinya sebagai sultan paling miskin di dunia asalnya melakukan tindakan ‘gila’ itu konon untuk menuntut kedaulatan negeri Bawah Bayu itu sebagai sebahagian wilayah pemerintahan Kesultanan Sulu.

Drama pencerobohan biadap askar Sulu itu berakhir dengan tragedi berdarah apabila lapan anggota keselamatan Malaysia dibunuh kejam oleh pengikut baginda sekali gus ‘mengundang’ Ops Daulat bagi menghapuskan mereka.

Namun, di sebalik cerita tersebut, media Filipina malah antarabangsa sebelum itu telah ‘memainkan’ secara besar-besaran bagaimana beberapa pemimpin pembangkang mengadakan pertemuan dengan pemberontak Mindanao.

NurMisuari Sultan Sulu
MESRA… Nur Misuari (kiri) ceria berjabat tangan dengan Sultan Jamalul Kiram III.

Antaranya termasuklah foto eksklusif Anwar Ibrahim dengan tokoh Moro terkenal, Nur Misuari dan mencetuskan tanda tanya penglibatan pembangkang yang membawa kepada insiden berdarah di timur Sabah pada ketika itu.

Jangan lupa, sewaktu pasukan keselamatan Malaysia mula menggempur hebat kubu askar Sulu di negeri itu, orang yang paling lantang mengecam malah mengutuk teruk maruah kedaulatan negara kita ialah Jamalul Kiram III.

Baginda bahkan mengarahkan ratusan pengikutnya buat demonstrasi ganas di depan Kedutaan Malaysia di Manila dengan memaparkan gambar ‘berdarah’ Perdana Menteri, Najib Tun Razak bersama Presiden Benigno Aquino Jr.

Biarpun dinafikan Anwar, ramai maklum hubungan baik beliau dengan pemimpin pemberontak Mindanao sah memang antikerajaan Malaysia selain bekas presiden, Joseph Estrada yang diketahui propembangkang negara ini.

anwar-nurmisuari
SERIUS… Anwar dalam pertemuan dengan Nur Misuari sebelum tercetus insiden berdarah di Sabah.

Justeru, ramai penganalisis politik antarabangsa merumuskan hubungan baik itu kerana mahu Sabah ditawan balik Sultan Sulu di samping Sarawak ‘keluar’ Malaysia sekali gus majoriti kerusi BN berkurangan dalam Parlimen.


Jika rancangan tersebut berjaya, maka tumbanglah kerajaan BN kerana dua negeri di Borneo itu memiliki ramai wakil parti pemerintah sejak sekian lama dan menjadi penghalang pihak pembangkang ‘menakluk’ Putrajaya.

Itu cerita lama tetapi penyebaran gambar terbaharu memaparkan anak allahyarham Jamalul Kiram III, Jacel bersama anak Anwar, Nurul Izzah mencetuskan sensasi dalam kalangan netizen media sosial tempatan.

Sambil memegang plakad dalam bahasa Inggeris bermaksud ‘Bebaskan Anwar Segera‘ oleh ‘Sahabat Filipina‘, ia menggambarkan hubungan baik kerabat Sultan Sulu itu dengan pembangkang di Malaysia secara terang-terangan.

Peminat la sangat sampai duduk makan semeja.
Peminat la sangat sampai duduk makan semeja.

Lucunya, portal propembangkang dilaporkan segera putar belit cerita foto itu konon Nurul Izzah cuma bergambar bersama ‘peminat’ ketika di Filipina baru-baru ini untuk misi membebaskan bapanya yang dipenjara atas kes liwat.

Sudah jelas lagi bersuluh, gambar ‘tanpa edit’ yang tersebar luas itu mencetuskan persoalan apakah kaitan Jacel dengan Anwar kecuali pasti ada agenda tersirat dan tidak pula didedahkan kepada rakyat Malaysia selama ini.

Jika ini benar, terbuktilah pembangkang sanggup berbuat apa sahaja waima dengan pihak penceroboh kedaulatan Malaysia tanpa segan silu, malah ‘berbangga’ lagi terima sokongan terbuka mereka menghuru-harakan Malaysia!

– Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori