Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Presiden UIAM: Maszlee Akan...

KUCHING - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berbeza daripada universiti awam lain di...

Kecoh Di Pasir Salak,...

PASIR SALAK: Pemilihan UMNO Bahagian Pasir Salak kecoh seketika apabila sekumpulan lelaki menyerbu...

Sahruddin Nafi Lepaskan Jawatan...

KULAI - Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal hari ini menolak dakwaan...

GST Mula Lonjak Ekonomi...

RIYADH - Ketika Malaysia 'kembali ke belakang' dengan mansuh Cukai Barang dan Perkhidmatan...

2 Lelaki Kemboja & Wanita Indonesia Ditahan Dalam Operasi Imigresen

ALOR SETAR – Imigresen Kedah menahan dua Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Kemboja dan seorang Indonesia dalam ‘Ops Sapu’ di Pokok Sena, malam tadi.

Pengarah Imigresen Kedah, Mohamad Yusri Hashim berkata kedua-dua lelaki warga Kemboja dan seorang wanita Indonesia itu ditahan dalam operasi di dua gerai menjual pakaian di tapak pasar Kemboja pada pukul 9 malam.

“Ketiga-tiga mereka ditahan atas pelbagai kesalahan Imigresen,” katanya dalam kenyataan hari ini dan menambah, seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun turut ditahan kerana melindungi PATI.

Mereka ditahan di lokap Imigresen, bangunan Kementerian Dalam Negeri di sini untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserah ke Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori