Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

2 Maut, 3 Cedera...

KOTA BHARU - Dua terbunuh manakala tiga lagi cedera apabila kereta yang mereka...

Pakar Dakwa ‘Man Bun’...

AMARAN ! Pakar daripada Australia dan Amerika Syarikat (AS) telah mengeluarkan amaran tentang...

Kesilapan Mudah Punca PKNP...

IPOH - Kesilapan mudah selain bahagian serangan yang buntu menghasilkan jaringan menjadi punca...

Krisis MIC Perlu Ditanggani...

KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata krisis MIC...

2 Lelaki Maut Dalam Nahas Jalan Raya Di Kinabatangan

KINABATANGAN – Dua lelaki maut dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah motosikal di Jalan Kampung Sinar Jaya dekat sini, hari ini.

Mangsa adalah penunggang motosikal, Hairie Bin Jakaria, 26 dan pembonceng, Hamsan Bin Bailul, 29, kedua-dua mereka mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A Sahak Rahmat berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 4 pagi dan siasatan awal mendapati motosikal dinaiki kedua-dua mangsa hilang kawalan lalu melanggar sebuah tiang elektrik di tepi jalan raya.

Katanya mayat kedua-dua mangsa dijumpai oleh orang awam kira-kira pukul 6.40 pagi dan kemudian dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk bedah siasat.


Kemalangan disyaki berpunca dari motosikal yang ditunggang oleh mangsa telah terbabas sendiri, katanya di sini.

Beliau berkata siasatan diteruskan dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang awam yang melihat kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Burhan Masri di talian 089-891890 (pejabat) atau 019-5845559. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori