Monday, January 6, 2025

Creating liberating content

MH370: Kumpul AS$15 Juta,...

AHLI keluarga dan waris mangsa mendesak kerajaan untuk terus menjalankan misi pencarian bangkai pesawat...

Mahmud Abu Bekir Berjaya...

KUALA LUMPUR - Anak kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu...

Diana Danielle Mahu Bergelar...

AKTRES Diana Danielle bakal bergelar seorang pelumba kereta tidak lama lagi walaupun dia...

Perogol Bersiri Mungkin Dalam...

PETALING JAYA - Seorang perogol bersiri yang didapati bersalah di Kanada boleh diletakkan...

2 Pemandu Trak Beragama Islam Dipecat Kerana Enggan Hantar Bir

DUA pemandu trak beragama Islam di Illinois dianugerahkan $240,000 selepas mereka dipecat oleh sebuah syarikat trak kerana enggan menghantar bir.

Mahad Abass Mohamed dan Abdikarim Hassan Bulshale, yang berasal dari Somalia enggan berbuat demikian selepas diarahkan oleh majikannya Star Transport Inc. kerana ia adalah haram.

Selepas dipecat pada pada 2009, mereka telah membuat aduan di Suruhanjaya Peluang Pekerjaan Sama Rata Amerika Syarikat dan pada 2013, suruhanjaya berkenaan telah memfailkan saman.

Menurut saman itu, syarikat berkenaan gagal menyediakan alasan yang munasabah dengan memecat kedua-duanya.

Bagi seorang Islam, minum atau mendekati bir adalah haram.


Justeru itu syarikat terbabit seharusnya mengarahkan pekerja lain untuk berbuat demikian.

Suruhanjaya berkenaan sebelum itu cuba bekerjasama dengan Star Transport dalam kes berkenaan selama setahun sebelum saman difailkan.

Namun tidak diketahui sama ada Mahad dan Abdikarim akan mendapat wang berkenaan memandangkan syarikat terbabit telah bankrap. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori