Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jurutera Mati Dengan Kesan...

SHAH ALAM - Seorang jurutera di sebuah agensi pelaburan ditemui mati dengan kesan...

Bajet 2016: Nilai BB1M...

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Tinggi menjangkakan insentif kerajaan kepada pelajar menerusi program...

Sultan Ibrahim Lafaz Sumpah...

Kuala Lumpur: Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini selamat melafaz sumpah memegang jawatan...

Kutipan VEP Kenderaan Asing...

ALOR SETAR – Kutipan Caj Permit Masuk Kenderaan (VEP) bagi kenderaan asing ke...

Mangsa Banjir Di Perak Meningkat Kepada 315 Orang

IPOH – Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat kepada 315 orang pagi ini berbanding 286 orang malam tadi, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Yahya Madif.

Beliau berkata mangsa banjir terbaru di Bukit Merah, Batu 38 dan Batu 40 daerah Bagan Serai iaitu seramai 34 orang daripada 12 keluarga yang dipindahkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Merah berikutan air naik setinggi 0.9 meter akibat hujan lebat petang semalam.

“Sementara, jumlah mangsa banjir di daerah Hilir Perak, membabitkan Kampung Lorong Mesra, Batu 9, Lorong Kedah dan Kampung Baru Batu 8, masih kekal dengan 167 orang daripada 52 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata mangsa tanah runtuh pula berkurangan dari 75 orang kepada 61 orang membabitkan Kampung Padang Serai, Batu Hampar, Beruas yang masih ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat Radhuaniah, Kampung Padang Serai.


“Mangsa banjir di Bagan Serai, membabitkan Kampung Changkat Lobak, Matang Tengah dan Kampung Air Hitam, meningkat kepada 53 orang daripada 14 keluarga dan mereka ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak,” katanya.

Hujan yang berterusan sejak petang semalam menyebabkan air naik antara 0.2 meter hingga 0.9 meter di kawasan terbabit, akibat daripada limpahan air sungai berhampiran, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori