Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

“Beri Kami Masa Buat...

KES penangkapan membabitkan pengarah dan pelakon Datuk Farid Kamil kini semakin panas apabila Presiden Persatuan...

Bidang Pendidikan Diberi Peruntukan...

TAPAH - Kerajaan negeri Perak akan menyediakan peruntukan yang besar dalam bidang pendidikan...

88% Kes Positif COVID-19...

PUTRAJAYA - Sebanyak 88 peratus pesakit yang disahkan positif COVID-19 di Malaysia berada...

Agong, Kerabat Diraja Pahang...

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan...

212 Mangsa Banjir Di 6 Pusat Pemindahan Di Simpang Renggam

JOHOR BAHARU – Jumlah mangsa banjir di Simpang Renggam dekat Kluang meningkat kepada 212 orang daripada 51 buah keluarga pagi ini berbanding 190 orang daripada 40 buah keluarga petang semalam.

Pegawai Daerah Kluang Mohd Fuad Radzuan berkata 212 mangsa itu ditempatkan di enam pusat pemindahan banjir berbanding tiga pusat pemindahan semalam.

“Sehingga 8 pagi ini, enam pusat pemindahan itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kencana yang menempatkan sembilan orang daripada tiga keluarga, Dewan Kampung Paya Palembang (74 orang, 15 keluarga) dan Dewan Kampung Kolam Air (62 orang, 12 keluarga),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Fuad berkata SK Sungai Linau pula menempatkan 16 orang daripada lima keluarga, Balai Raya Kampung Seri Maju Jaya (40 orang, 13 keluarga) manakala Dewan Orang Ramai Kampung Ithnin Maarof (11 orang, 3 keluarga).


Beliau berkata pusat pemindahan SK Sungai Linau mula dibuka pada 4.30 petang semalam, Balai Raya Kampung Maju Jaya dibuka mulai 7 malam manakala Dewan Orang Ramai Kampung Ithnin Maarof, 10 malam tadi selepas kediaman kesemua mangsa yang terlibat dinaiki air.

Sungai Machap kini mencatatkan paras amaran dengan bacaan 7.54 meter, Sungai Benut pula pada paras bahaya dengan 6.36 meter manakala Empangan Machap berstatus berjaga-jaga dengan bacaan 16.98 meter, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori