Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Musa Aman Pulang Ke...

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman telah kembali...

Pasar Raya Singapura Pantau...

SINGAPURA - Bagi menangani masalah troli hilang, rangkaian pasar raya terbesar NTUC FairPrice...

Nahas Helikopter Di Pakistan:...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan takziah...

Minta Sekolah Tak Sembunyi...

JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mahu pentadbiran sekolah segera melaporkan sebarang...

214 Pesara Polis Zaman Darurat, Komunis Dianugera Pingat

MELAKA – Sebanyak 214 pesara polis yang pernah berkhidmat pada zaman darurat dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN), Kontijen Melaka dalam istiadat pengurniaan pingat di Dewan Seri Negeri, di sini hari ini.

Pingat dikurniakan bagi menghargai jasa kepahlawanan dan bakti mereka kepada negara semasa zaman darurat dari 12 Julai 1948 hingga 31 Julai 1960, serta zaman insurgensi komunis dari 17 Jun 1968 hingga 2 Disember 1989.

Majlis penganugerahan pingat tersebut disempurnakan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Turut hadir Ketua Polis Melaka Datuk Chua Ghee Lye dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff mewakili Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Seorang daripada penerima Chan Koon San, 85, dari Kuala Sungai Baru, Alor Gajah berkata pengalamannya bertempur dengan anggota komunis semasa zaman
darurat kekal tersemat dalam ingatannya sehingga kini.


“Semasa itu pakcik jadi peninjau komander, kami bersama orang sakai masuk ke hutan mengesan komunis. Kami ada dalam 200 orang yang masuk ke hutan untuk bertempur.

“Pada keadaan darurat itu, ada kalanya ketika makan pun ada tembakan. Itu memang pengalaman yang tidak dapat dilupakan,” katanya.

Walaupun, pertuturannya sudah kurang jelas, Chan masih bersemangat apabila bercerita tentang kisah silamnya dan berharap generasi pada masa kini menghargai keamanan dan kemerdekaan yang dikecapi negara. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]9TPrbYJq5uU[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori