Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Penganjuran Jerusalem’s Jubilee Satu...

KUALA LUMPUR - Penganjuran satu program gereja Jerusalem’s Jubilee dipersoalkan kerana disifatkan mempunyai...

Imigresen Kedah Tahan Lelaki...

ALOR SETAR - Seorang lelaki warga tempatan ditahan Jabatan Imigresen Malaysia Kedah kerana...

Mangsa Banjir Meningkat 2,388...

SHAH ALAM - Jumlah mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 2,373 orang...

Bonda Sultan Johor Mangkat

KUALA LUMPUR - Bonda Sultan Johor, Tuanku Puan Zanariah Tengku Ahmad mangkat. Perkara itu...

“Hutang ‘Berkepuk’, Dana & Penaja Musim Depan Pun Tak Ada..”

KUALA LUMPUR – “Seorang individu tentunya tidak terdaya memikul sesuatu yang sebuah kerajaan tidak mampu memikulnya,” demikian luahan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berhubung keengganan kerajaan Kelantan memberi dana untuk pasukan bola sepak negeri itu.

Annuar Dedah Surat Kerajaan Kelantan Tak Mampu Taja TRW?

Kata Annuar, keputusan yang diambil kerajaan Kelantan itu bermaksud The Red Warriors terpaksa bersaing dengan pasukan-pasukan lain pada musim depan tanpa dana.

“Keputusan kerajaan negeri tidak akan membantu bererti kita (Kelantan) tiada sebarang modal untuk mulakan musim depan. Penaja juga belum ada. Apakan daya,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Annuar turut memaklumkan akaun bola sepak Kelantan kini memiliki hutang beberapa juta ringgit.


Kerajaan Kelantan sebelum ini menolak permohonan KAFA untuk mendapatkan dana RM2 juta untuk The Red Warriors pada musim depan.

Alasan yang diberikan adalah kedudukan kewangan kerajaan negeri yang tidak mengizinkan. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori