Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Salah Guna Pas Sosial,...

KANGAR - Lima wanita warga Thailand didenda RM800 seorang oleh Mahkamah Majistret Kangar...

Rakyat Malaysia Perlu Berterima...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) senada dengan DAP bahawa rakyat Malaysia...

Pencaturan Tun M ...

KUALA LUMPUR - Selepas 19 tahun tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU),...

Adam Adli Sedia Berdebat...

PETALING JAYA – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim bersedia...

24 Maut Bas Bertembung Kereta Di Mexico

PUEBLA – Sekurang-kurangnya 24 terbunuh, manakala 10 lagi cedera apabila sebuah bas bertembung dengan kereta sebelum terbakar di tengah Mexico, semalam.

Anggota penyiasat masih menjalankan operasi mencari kemungkinan lebih ramai mangsa terperangkap dalam kenderaan beberapa jam selepas nahas yang berlaku di Pekan Jalpan, di negeri Puebla.

Pegawai di pejabat pendakwa raya Puebla berkata, setakat ini 22 mayat sudah dikeluarkan dari bas dan dua mayat dari kereta terbabit.

“Ketika kejadian bas berkenaan penuh dengan penumpang. Hanya 10 orang berjaya keluar menyelamatkan diri menerusi tingkap selepas pintu bas tersekat oleh kenderaan lain,” kata pegawai terbabit.

Gabenor Negeri Veracruz yang bersempadan dengan Negeri Puebla, Javier Duarte, mengesahkan angka kematian. Bas berkenaan dilaporkan dari Negeri Veracruz. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori