Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Remaja Maut Motosikal Dirempuh...

GUA MUSANG - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dikatakan dirempuh...

Kejam! Kucing Ditemui Mati...

KEJAM! Jijik dan tidak berperikemanusiaan!  Apa lagi kata-kata yang sesuai untuk dilabelkan kepada...

Polis Keluarkan 73 Saman...

MELAKA - Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka...

Ahmad Zahid Nafi Rasis...

KUCHING - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan kononnya...

Badrul Hisham Lebur Rekod 17 Tahun Watson Nyambek

KUALA LUMPUR – Badrul Hisham Abdul Manap meleburkan rekod kebangsaan dalam acara 100m yang dipegang bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek selama 17 tahun, pada hari pertama Kejohanan Sukan Sekolah ASEAN di Brunei, semalam.

Atlet kelahiran Melaka berusia 18 tahun itu yang merupakan juara bertahan acara berkenaan, mencatat masa 10.29 saat bagi memadamkan rekod Watson 10.30 saat yang dicipta di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 1998.

Seorang lagi atlet negara, Asnawi Hashim di tempat kedua dengan catatan 10.71s, diikuti Worawutsalabal dari Thailand dengan masa 10.87s dalam acara yang berlangsung di Kompleks Sukan Tutong, demikian menurut laman sesawang rasmi kejohanan; asg7.moe.gov.bn.

Dalam pada itu, kontinjen negara menambah dua lagi pingat emas dalam sukan olahraga, masing-masing menerusi Muhammad Adil Taufek dalam acara lontar peluru lelaki dan Quek Lee Yong dalam acara 400m lari berhalangan lelaki.

Muhammad Adil meraih emas selepas melakukan lontaran sejauh 15.21 meter manakala Quek mencatat masa 52.18 saat.


Terdahulu, Malaysia meraih dua pingat emas dalam acara renang, sekali gus menyaksikan kontinjen negara kini berada di kedudukan kedua di belakang Indonesia, dengan kutipan lima pingat emas, tiga perak dan satu gangsa.

Indonesia mengungguli hari pertama dengan pungutan tujuh emas, enam perak dan satu gangsa manakala Vietnam di tangga ketiga dengan kutipan empat emas, satu perak dan tiga gangsa.

Untuk rekod, Malaysia pernah muncul juara keseluruhan kejohanan sukan tahunan berkenaan pada 2010 yang diadakan di sini, serta pada tahun lepas di Filipina. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]o6kBhalkc44[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • atlet

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori