Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Gempa Bumi Sederhana Di...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter berlaku di...

Duda Cedera Parah Ditikam...

SUNGAI PETANI - Seorang duda berusia 39 tahun cedera parah akibat ditikam rakan...

Menjawab Persoalan Blogger Nikah...

SENSASI pertikaman 'lidah' antara penulis blog tempatan, Datuk A Kadir Jasin dengan Pegawai...

Penetapan Harga Petrol, Diesel...

KUALA LUMPUR - Penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan akan diumumkan setiap...

Patah Leher, Retak Muka Akibat Vape Meletup

COLORADO – Seorang lelaki cedera parah termasuk patah leher dan keretakan pada tulang muka selepas vape yang sedang digunakannya tiba-tiba meletup.

Dalam insiden itu, mulut Cordero Caples, juga melecur apabila peranti berkenaan meletup, Jumaat lalu.

Kejadian itu mengakibatkan pemuda berusia 29 tahun itu terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang.

“Tidak dapat dipastikan sama ada dia mampu berjalan seperti biasa selepas ini. Kami hanya berharap Caples dapat sembuh sepenuhnya,” ujar salah seorang ahli keluarganya.

Seorang pekerja di kedai jualan peranti berkenaan memberitahu, letupan mungkin disebabkan kesilapan pengendalian dan dipercayai Caples telah terlebih mengecas peranti itu.

Kakaknya, Colessia Porter berkata, Cordero dalam keadaan kritikal kerana kejadian itu boleh mengakibatkan dia lumpuh.


“Dia perlukan penjagaan sepanjang masa selepas menjalani pembedahan tulang belakang,” katanya kepada stesen WMC-TV yang berpangkalan di Memphis.

Sementara itu, Jabatan Bomba Colorado Springs, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Bulan lalu, pengguna vape, Vicente Graza, 23, dari California kehilangan salah satu jarinya apabila peranti itu meletup. – mStar

[wpdevart_youtube]hXTdAZPSEG0[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • vape

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori