Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

‘Hantu Durian’ Cari Duri...

BANDAR BAHARU (KEDAH) - Sanggupkah anda meredah penjalanan yang jauh dan membelanjakan ratusan ringgit...

Pegawai Kanan Bomba Dipenjara...

Kuala Terengganu : Pegawai kanan bomba dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda...

Pemanah Berkuda Srikandi Bertanding...

SIAPA sangka peribadi wanita yang sering dianggap ayu dan lemah-lembut mampu menjangkaui kelaziman...

PAS Sertai Misi ‘Food...

KUALA LUMPUR - PAS akan menghantar delegasi untuk menyertai misi 'Food Flotilla For...

36% Pekerja Asing Premis Makanan Tiada Vaksin Tifoid

DENGKIL – Hampir 36 peratus daripada warga asing yang bekerja di premis makanan di negara ini didapati tidak mengambil vaksin tifoid, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata keadaan itu menyumbang kepada berlakunya 68 kes tifoid atau demam kepialu di Selangor dan Wilayah Persekutuan bulan lepas.

“Sebahagian besar pekerja asing yang bekerja di premis makanan yang diperiksa juga didapati tidak mengikuti kursus keselamatan makanan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Medan Selera Bersih, Selamat dan Sihat di Kawasan Rehat dan Rawat Dengkil (arah selatan) di sini hari ini.

Dr Subramanian berkata pada tahun ini sehingga 31 Okt, sebanyak 111,641 premis makanan telah diperiksa dan 1,996 (1.8 peratus) premis makanan telah diarahkan ditutup.

Pada tahun lepas pula, 120,169 premis makanan telah diperiksa di seluruh negara dan sejumlah 3,115 (2.6 peratus) daripadanya diarahkan tutup, katanya.


Laporan media awal bulan ini menyatakan bahawa wabak tifoid akan diisytiharkan tamat sekiranya tiada kes baharu dilaporkan dalam tempoh tiga minggu lagi.

Kes terakhir dilaporkan pada 16 Okt lepas. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Vv_pH_sW_08[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori