Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pelik! Wanita Ini Mengubah...

Melihat wajah ngeri wanita ini, pasti ramai yang terkejut melihat penampilannya yang seakan-akan...

Pihak Berkuasa Indonesia Lakukan...

JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia kini melakukan operasi mencari pesawat Lion Air yang...

Kecederaan Ke Tempat Kerja...

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa kecederaan yang dialami oleh pekerja semasa dalam perjalanan ke...

Modus Operandi Penyamar LHDN

BEBERAPA hari lalu Mynewshub mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan jenayah Macau Scam...

4 Gaya ‘Selfie’ Yang Buat Orang Menyampah

SELFIE kini menjadi kebiasaan bagi setiap individu dan bukanlah satu perkara yang pelik. Malah, kian ramai yang sering berkongsi gambar selfie tak kira di mana sahaja.

Tapi, sedar tak ada jenis-jenis selfie yang bila kita tengok je, rasa menyampah? Sememangnya bukan semua yang kita pos di media sosial orang suka. Ada juga yang membuatkan orang rasa meluat..

Di sini kami kongsikan antara jenis selfie yang buat orang rasa menyampah!

1. Selfie Pura-Pura Tidur

selfie1

Yang ni memang sahih ramai yang menyampah, buat-buat macam tidur lepas tu selfie. Memang kantoilah kalau dah terjongket macam tu. Lagi teruk kalau ada pembalikan cahaya yang buat anda kantoi terang-terangan..

2. Selfie Bajet Cute

selfie2

Kalau sekali-sekala pos gambar buat memek muka macam budak-budak, memanglah comel. Tapi kalau hari-hari cara yang sama, orang tengok pun meluat. Tak comel okay kalau hari-hari macam tu?


3. Selfie Muncung Itik

selfie3

Jenis selfie muncung itik ni memang dari dulu kena kutuk. Kalau yang perempuan buat, mungkinlah boleh dimaafkan. Kalau tiba-tiba lelaki yang pos selfie macam ni, memang dah nazak sangat tu.

4. Selfie Di Gim

Gym-Selfies

Ni memang gambar yang biasa kita tengok dekat laman sosial. Pergi gym, selfie untuk tayang badan yang berketul-ketul tu macam nak perhatian dan pujian. Memang orang menyampah lah kalau hari-hari ‘done workout’ kot! – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Fatin

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori