Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

5 Kapal Perang China...

WASHINGTON - Pentagon mengesahkan kehadiran lima kapal tentera laut China di Laut Bering,...

Keputusan Pengundi Saman SPR...

MAHKAMAH Tinggi di Shah Alam hari ini menetapkan Isnin ini untuk membuat keputusan...

Sukan Asia: Malaysia Tewas...

BEKASI - Perjuangan skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) negara dalam kempen...

Kejam…! Ditetak Berkali-kali Sehingga...

TANPA perikemanusiaan, seekor kucing menerima azab apabila badannya ditetak berkali-kali dengan objek tajam...

4 Pemain Akan Dipanggil Berdepan UAE – Ong Kim Swee

SEPANG – Pengendali sementara skuad Harimau Malaya Datuk Ong Kim Swee akan memanggil empat pemain bagi perlawanan terakhir Malaysia dalam saingan Kumpulan A Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019, pada Selasa ini.

Ong berkata beliau akan menukar empat pemain yang beraksi di Amman, Jordan apabila berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) Selasa ini, atas sebab kecederaan serta kesalahan dilayangkan kad kuning.

“Kekosongan mereka itu akan digantikan dengan Safee Sali, Azamuddin Akil, Badrul Bakthiar dan Jasazrin Jamaludin,” katanya ketika ditemui pemberita sejurus tiba dari Amman, Jordan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam Jumaat.

Beliau berkata mereka yang direhatkan ialah Razman Roslan dan Nazirul Naim kerana kecederaan serta Amri Yahyah akibat kesalahan dilayangkan dua kad kuning.

Sementara, Azwan Bakri pula diberi pelepasan kerana bakal melangsungkan perkahwinan minggu depan.

Mengenai perlawanan pelengkap jadual saingan Malaysia dalam Kumpulan A pada Selasa ini di Stadium Shah Alam, Ong berharap pemain mempamerkan prestasi yang lebih baik.

“Pertemuan ini agak mencabar dan kita perlu bangkit. Saya sudah bercakap dengan semua pemain… ini perlawanan terakhir kita dalam kalendar FIFA, jadi kita perlu tunjukkan suatu prestasi yang lebih baik daripada pertemuan kita dengan Palestin,” katanya.

Malaysia akan bertemu UAE dalam stadium kosong tanpa kehadiran penyokong ekoran keputusan yang dikenakan FIFA akibat kekacauan dilakukan penyokong tempatan ketika perlawanan Malaysia menentang Arab Saudi pada 8 Sept lepas, di venue yang sama.

“Ini satu senario yang cukup baru (untuk skuad kebangsaan). Saya tidak pasti sama ada ia akan memberi kelebihan ataupun tidak. Kita tahu penyokong memainkan peranan penting.


“Pada Selasa ini tanpa penyokong… kita kena ikut momentum kita dan mengikut keadaan apa yang perlu kita lakukan,” katanya.

Mengenai kekalahan skuad Harimau Malaya 0-6 sekali lagi kepada Palestin di Amman, Jordan semalam, Ong berkata beliau kecewa dengan kekalahan yang besar itu.

“Kita gagal mempertahankan gawang kita selepas bermain begitu baik dalam 35 minit awal permainan. Kita gagal mengawal keadaan dari segi hantaran jauh serta beberapa faktor lain,” katanya.

Beliau berkata Malaysia memerlukan masa yang panjang untuk mempersiapkan skuad Harimau Malaya dalam menghadapi saingan mana-mana pasukan dari Timur Tengah.

“Kita perlukan masa mempersiapkan pemain dan jurang (kedudukan) kita dengan mereka begitu besar. Palestin seri dengan Arab Saudi dan juga UAE, ini
menunjukkan mereka sebuah pasukan yang baik dan masih memberi cabaran untuk meraih kedudukan kedua dalam kumpulan. Sementara kita berada pada tahap yang berlainan,” kata Ong.

Ong berkata sepertimana beliau menerima tugasan selepas kekalahan teruk Malaysia 0-10 ketika menentang UAE ketika bertandang di tempat lawan pada 3 September lepas, tempoh masa tiga hari untuk mempersiapkan pasukan adalah suatu yang mencabar. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]https://youtu.be/TN7HDG6Hoas[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori