Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Teknologi Pintar Untuk Jemaah...

MAKKAH -  Pihak berkuasa Arab Saudi memilih menggunakan teknologi pengurusan data pintar untuk...

Penagih Dadah Khianat Di...

KAMPAR - Polis Kampar menahan seorang penagih dadah berumur 42 tahun kerana melakukan...

APMM Rampas Bot Nelayan...

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menerusi Kapal KM Pekan yang...

Pencarian Pesawat MH370 Digantung...

KUALA LUMPUR - Usaha mencari di dasar laut pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370...

4 Taman Tema ‘Best’ Yang Bakal Dibuka Di Malaysia

TIPULAH siapa yang kata dia tak suka bersantai kat taman tema. Boleh dikatakan inilah antara aktiviti hilangkan stres yang disukai ramai terutama jika pergi bersama kawan-kawan dan keluarga.

Setelah penat bekerja, kegembiraan menghabiskan masa di taman tema adalah sangat menakjubkan.

Apa pun, di bawah ini adalah 4 taman tema menarik yang bakal diwujudkan di Malaysia. Tak sabarnya!

1. 20th Century Fox World, Genting Highlands

tema 1

tema 10

Taman tema 20th Century Fox yang pertama di dunia ini bakal beroperasi di Genting Highlands dan akan dibuka pada 2016. Sabar jap je lagi, nanti bila dah siap kita serbu Genting Highlands ramai-ramai.. siapa nak ikut?

2. Taman Tema Ubisoft, Kuala Lumpur

tema 2

Bagi peminat video game Assassin Creed, taman tema ini pasti menarik minat anda. Taman tema yang akan diadakan secara indoor ni khabarnya akan dibuka pada 2020. Kalau jadi.. boleh la anak cucu kita yang minat Assassin Creed serbu tempat ni beramai-ramai nanti.


3. Movie Animation Park Studios (MAPS), Ipoh

tema 3

Taman tema Movie Animation Park Studio (MAPS) ini merupakan taman tema pertama seumpamanya dibuka di Asia dan ia berada di Malaysia atau lebih tepat lagi di negeri Perak. Wowww! Ia akan dibuka pada Disember 2016. Nantikan!

4. Jurassic Park, Melaka

tema 4

Malaysia diserang dinasor? Alamak! Alaa dinasor-dinasor yang kat dalam filem Jurassic Park tu.. pernah tengok kan? Bawalah adik-adik atau pun anak-anak ke sini, confirm diorang gembira sampai terbawak dalam mimpi. Ia terletak di Melaka akan dibuka pada 2016. Tak lama dah!

Apabila kesemua taman tema ini dibuka, bermakna makin banyaklah tempat bercuti menarik terdapat di Malaysia untuk dikunjungi bukan? Lebih jimat, lebih menggembirakan dan paling best tak payah berhabis banyak duit pergi luar negara lagi. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Fatin

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori