Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bendera Johor, Daerah Dikibar...

JOHOR BAHRU - Bendera Johor dan bendera daerah di negeri ini dikibarkan separuh...

Kemurahan Hati Ayah Emma...

JIKA sebelum ini nama ayah Emma Maembong pernah tercalit kontroversi gara-gara komen panasnya...

Peletakan Jawatan 4 Pemimpin...

GEORGE TOWN - "Parti tidak berubah, bahkan, tetap sama."Bagaimanapun, Anggota Parlimen Kota Melaka...

Kerajaan Kelantan Galak Suami...

KOTA BHARU - Kerajaan PAS Kelantan menggalakkan suami yang memenuhi syarat mengikut tuntutan...

5 Tahun Derita, Gunting Tertinggal Dalam Perut

ANKARA – Seorang wanita di Turki menyaman doktor dan sebuah hospital di sini selepas gunting tertinggal di perutnya ketika pembedahan lima tahun lalu.

Hanim Ozgul, 67, berkata, dia menjalani satu pembedahan kecil untuk merawat kanser rahim yang dialaminya pada 2010.

Bagaimanapun, sejak pembedahan itu dia sering berasa sakit di bahagian perutnya.

Hanim mengadu kepada doktor mengenai keadaannya tetapi dimaklumkan ia adalah proses biasa untuk sembuh.

“Selama lima tahun kesakitan di bahagian perut dan badan saya semakin teruk.

“Saya kemudiannya pergi ke sebuah lagi hospital untuk membuat pemeriksaan,” katanya.


Menurutnya, seorang doktor yang merawatnya mendapati badannya membengkak dan terus membuat imbasan X-ray.

“Apabila imbasan X-ray dibuat doktor terkejut kerana mendapati ada gunting dalam perut saya.

“Doktor kemudian membuat satu pembedahan untuk mengeluarkan gunting berkenaan,” katanya.

Menurutnya, dia bertindak menyaman doktor dan hospital yang merawatnya sebelum ini kerana cuai sehingga menyebabkan dia menderita selama lima tahun. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori