Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Perak Akan Lancar Op...

BAGAN SERAI - Pelancaran kempen Op Selamat 11/2017 peringkat negeri Perak pada 22...

Polis Selangor Serah Siasatan...

SHAH ALAM - Polis Selangor menyerahkan segala siasatan kepada Bukit Aman berhubung perjumpaan...

Pereka Fesyen Tak Perlu...

SEJAK akhir-akhir ini ramai selebriti terlibat dengan perniagaan fesyen seperti rekaan busana dan...

90.5% Langkah AEC Telah...

KUALA LUMPUR - Anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) telah berjaya melaksanakan 90.5...

8 PATI Warga Myanmar Dipercayai Guna Kad UNCHR Palsu Diberkas

KUALA TERENGGANU – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar diberkas kerana dipercayai menggunakan kad UNCHR palsu untuk bekerja di negara ini.

Kesemua mereka yang bekerja di pusat basuh kereta itu ditahan dalam Op Ikrar yang dilaksanakan di sekitar daerah Kuala Terengganu di sini, hari ini.

Ketua Penguatkuasa Imigresen negeri, Ahmad Salihin Salleh berkata dalam serbuan pertama di pusat basuh kereta pihaknya mengesan pemilik pusat terbabit telah mengupah lapan orang PATI warga Myanmar yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Menurut beliau dalam operasi selama empat jam itu pihaknya turut memberkas enam warga Bangladesh dan seorang warga Thailand yang melakukan pelbagai kesalahan imigresen.

“Dalam serbuan di pusat basuh kereta itu kita dapati PATI yang ditahan dipercayai menggunakan kad UNCHR palsu untuk bekerja di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas tamat operasi di sini, hari ini.

Menurutnya dalam operasi yang bermula pukul 10 pagi dan berakhir pukul 2 petang itu yang disertai 15 pegawai dan anggota itu Imigresen telah menggempur tiga lokasi melibatkan pusat basuh kereta, rumah kongsi dan tapak pembinaan.


Jelas beliau 10 daripada mereka dikesan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1)(C) Akta Imigresen 1959/1963 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, manakala lima lagi disiasat mengikut Peraturan 39 (B) kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Ahmad Salihin berkata pihaknya juga telah mengeluarkan borang saman saksi kepada dua lelaki warganegara supaya hadir ke bahagian penguatkuasa bagi membantu siasatan.

Kesemua warga asing yang berusia antara 18 hingga 35 tahun itu dibawa ke Pusat Tahanan Sementara Imigresen Ajil untuk tindakan selanjutnya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori