Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Ahli Parlimen Kuching Kecam...

Tindakan Anggota Parlimen Kuching Chong Chieng Jen dari parti DAP, yang mengecam lagu...

Jemaah Malaysia Mula Laksana...

MAKKAH - Jemaah Malaysia mula melakukan ibadat melontar yang pertama iaitu di Jamratul...

Jurutera Aeroangkasa British Dakwa...

KUALA LUMPUR - Selepas lebih tujuh tahun kapal terbang MH370 milik Penerbangan Malaysia...

Hampir 2 Bilion Panggilan,...

DA NANG: Hampir dua bilion panggilan dan 581 juta perkhidmatan pesanan ringkas (SMS)...

9 Cedera Tembak Menembak Di Colorado

LOS ANGELES – Empat anggota polis cedera dalam kejadian tembak menembak dengan seorang lelaki bersenjata di sebuah klinik keluarga di Colorado Springs.

Penyerang bersenjata itu dikatakan menyerbu masuk ke dalam klinik pengguguran di Pusat Perancangan Keluarga dan Keibubapaan dan setakat ini laporan turut menyebut beberapa orang awam turut cedera.

Dua hospital di kawasan itu dilaporkan menerima sejumlah sembilan pesakit dari lokasi tembak menembak itu namun jurucakap polis berkata tidak semua mereka yang cedera dihantar ke hospital setakat ini.

Jurucakap itu berkata kemungkinan masih ada mangsa masih terperangkap dalam klinik berkenaan.

Polis bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 11.30 pagi waktu tempatan dan berdepan dengan suspek di dalam bangunan, kata jurucakap polis Colorado Spring, Lefternan Catherine Buckley.


“Pegawai polis dan penyerang berbalas tembakan,” katanya dalam taklimat kepada media. Buckley berkata, empat pegawai polis cedera termasuk beberapa orang awam.

Namun beberapa jam kemudian, klip video stesen televisyen CNN menunjukkan beberapa orang dibawa keluar dengan kawalan polis dalam keadaan selamat. Stesen CBS News pula melaporkan, penyerang juga berjaya ditangkap dan pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan ada bahan letupan dibawanya. – REUTERS

[wpdevart_youtube]ruVO1QnhLzw[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori