Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

1MYC, Proton Ubah Landskap...

TANJUNG MALIM - Inisiatif kerajaan menjadikan Tanjung Malim sebagai perintis pelaksanaan Bandar Belia...

Mangsa Banjir Jual Ternakan...

HULU TERENGGANU – Seorang warga emas Halimah Yusof, 83, di Kampung Kepah di...

Elaun 19,000 Sukarelawan Kesihatan...

TANGKAK - Elaun atau sagu hati untuk sukarelawan kesihatan yang terbabit dalam proses...

Doktor Keluarkan Belut 50cm...

GUANGZHOU - Alangkah terkejutnya seorang doktor apabila menemui seekor belut 'gergasi' berenang-renang di dalam...

Aamir Khan Pertahan Orang Islam Yang Dituduh Pengganas

SEKARANG ini imej orang Islam dipandang serong sesetengah masyarakat dunia berikutan tindakan pengganas ISIS yang sering kali melakukan keganasan di seluruh dunia.

Perbuatan mereka secara tidak langsung mencambahkan benih kebencian penduduk dunia kepada umat Islam sehingga wujud terma Islamophobia.

Namun, aktor India, Aamir Khan tampil menyangkal dakwaan kononnya segala serangan pengganas di dunia melibatkan orang Islam semata-mata.

Menurut pelakon beragama Islam ini, serangan pengganas yang berlaku tidak boleh dikaitkan dengan agama.

“Pada pendapat saya, segala serangan pengganas yang berlaku sekarang tidak boleh dikaitkan dengan agama. Jika pengganas tersebut adalah seorang Muslim, dia bukan pengikut Islam yang sejati. Sama juga sekiranya dia seorang yang beragama Hindu, maka pengganas tersebut bukan mewakili agama Hindu,” katanya yang dipetik menerusi Indian Express.


Aktor berusia 50 tahun ini turut menekankan tiada mana-mana agama di dunia yang mengajar pengikutnya untuk saling membunuh di antara satu sama lain sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak berdosa. – MYNEWSHUB.CC

All Izz Well, 3 Idiots

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori