Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Proton 1 Tank Adventure...

JOHOR BAHRU - Proton 1 Tank Adventure 2018 hari ini meneruskan pertandingannya ke...

Hujan, Kebakaran & ‘Lip...

Walaupun hujan renyai, namun situasi tersebut tidak langsung menghilangkan keghairahan 12,000 peminat yang...

2 Juruteknik Didakwa Larikan...

SHAH ALAM - Dua juruteknik hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret...

Nas-T Akui Bakal Kahwin...

PELAKON Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammaar Zar akhirnya mengakui dia bakal menamatkan...

Adun Tungku Cadang Nurul Izzah Diharamkan Masuk Sabah

KOTA KINABALU – Seorang penyokong kerajaan hari ini mencadangkan agar Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dilarang daripada memasuki Sabah berikutan tindakannya menemui anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III.

Datuk Mohd Suhaili Said (BN-Tungku) berkata perbuatan Nurul Izzah itu amat tidak wajar kerana rakyat negara ini, khususnya di Sabah, begitu menderita dan marah dengan perbuatan kumpulan bersenjata Sulu menceroboh Tanduo, Lahad Datu, pada tahun 2013.

“Apa masalahnya apabila Nurul Izzah menemui Jacel H.Kiram? Jacel minta bukan apa (tetapi) menuntut Sabah untuk masuk sebagai (Kesultanan) Sulu punya,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2016 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata soal Kesultanan Sulu atau Filipina menuntut Sabah itu hal mereka, namun beliau menegaskan rakyat Sabah telahpun membuat keputusan dan memilih untuk bersama Malaysia.

Jacel memuat naik empat keping gambar pada 9 Nov lepas dalam akaun Facebook beliau yang memaparkan pertemuannya dengan Nurul Izzah.

Nurul Izzah dalam kenyataannya sebelum ini, mengaku bertemu Jacel semasa berada di Filipina bersama dengan anggota Parlimen Batu, Tian Chua sebagai sebahagian daripada rombongan PKR bertemu dengan pelbagai pihak berkepentingan di negara itu.

Menceritakan penderitaan dan kesukaran hidup yang dialami penduduk Lahad Datu, khususnya dalam DUN Tungku ketika insiden pencerobohan pengganas Sulu itu, Suhaili berkata keadaan penduduk ketika itu amat sukar kerana terpaksa lari sehelai sepinggang meninggalkan kediaman masing-masing untuk menyelamatkan diri selepas pertempuran tercetus.

Ada penduduk yang melarikan diri ke kawasan Felda dan tinggal di dewan dan sebelum bantuan kerajaan tiba, beliau sendiri terpaksa berhutang kira-kira RM7,000 untuk membeli barangan keperluan seperti makanan dan minuman untuk membantu mangsa konflik yang ditimbulkan kumpulan pengganas Sulu.


Malah, kata Suhaili, ekoran peristiwa itu, empat bayi yang baru dilahirkan turut meninggal dunia.

Justeru, Suhaili mengajak semua rakyat tidak mengira latar belakang fahaman politik, kaum dan agama agar terus bersatu mempertahankan kedaulatan Sabah agar keamanan di negeri Sabah terus kekal dan terpelihara.

Katanya aktiviti dan tuntutan kumpulan seperti Sabah Sarawak Keluar Malaysia yang menghasut untuk membawa Sabah keluar daripada Malaysia tidak harus dilayan kerana tuntutan seperti itu akhirnya akan membawa kepada keadaan tidak aman dalam negara.

Ketika membahaskan isu sama, Datuk Ahmad Bujang (BN-Sindumin), turut meminta kerajaan agar tidak membenarkan sama sekali Nurul Izzah memasuki Sabah atas tindakannya menemui Jacel bagi meminta simpati untuk membebaskan bapanya dari penjara.

Ahmad berkata Nurul Izzah tidak seharusnya meminta bantuan orang luar untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]o1RFjrRXcrY[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori