Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PM Sumbang RM20,000 Kepada...

GUA MUSANG - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyumbang wang tunai...

PBS, Star Kekal Sokong...

Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti...

MAIWP Terkejut Aduan Keluarga...

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menegur tindakan golongan yang...

RON97 Naik Lagi 3...

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-­masing kekal pada paras RM2.08...

Ahli UMNO Perlu Imbangi Hak Bersuara Dan Disiplin Parti

KUALA LUMPUR – Setiap anggota UMNO perlu mengimbangi antara hak kebebasan bersuara dan disiplin parti sebelum membuat sebarang kenyataan, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata anggota UMNO dibenarkan membuat kritikan terhadap parti tetapi jika dilakukan di pentas pembangkang, ia adalah perkara yang tidak boleh diterima.

“Ramai yang kritik dan kita terima kritikan serta pandangan mereka yang berbeza daripada kepimpinan parti. Mereka masih diterima dalam parti namun berbeza dengan kes Hamidah (Ketua Wanita UMNO bahagian Gopeng Datuk Hamidah Osman).

“Apabila seseorang individu melanggar batasan dengan menghadiri program pembangkang dan bersekongkol dengan pembangkang… menyatakan pandangan tidak berasas di atas pentas yang tidak ‘friendly’ kepada UMNO, maka kita tidak ada pilihan,” katanya selepas Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara sidang dua penggal ke-30 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.


Semalam, mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku presiden parti membuat keputusan memecat Hamidah daripada parti. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]whQ_ol5NSOo[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori