JIKA anda melihat kebanyakkan peranti pintar di pasaran, rata-ratanya tidak menyediakan butang khas seperti yang terdapat pada iPhone dan Xperia.
Butang khas yang terdapat pada iPhone mampu mengaktifkan mod senyap manakala butang yang terdapat pada Xperia pula boleh melancarkan aplikasi kamera.
Ciri-ciri tambahan ini sememangnya banyak membantu pengguna bagi memudahkan proses melakukan sesuatu fungsi tanpa perlu mengaksesnya dari skrin peranti.
Air Button ialah butang akses pantas yang boleh digunakan oleh setiap peranti Android yang mempunyai sokongan NFC.
Ia hanya perlu dilekatkan pada pengesan NFC peranti dan kemudian diprogramkan menggunakan aplikasi khas.
Terdapat 30 fungsi boleh anda pilih seperti menghidupkan lampu suluh, melancarkan kamera, melakukan panggilan, mengaktifkan aplikasi muzik ataupun mengaktifkan penggera ketika kecemasan.
Terdapat dua versi Air Button dihasilkan iaitu satu ataupun dua butang.
Ia tidak memerlukan sebarang bateri untuk berfungsi kerana hanya menggunakan sistem tag NFC.
Air Button juga boleh ditanggalkan dan dipasang semula sebanyak beberapa kali sebelum pelekat perlu digantikan.
Satu set Air Button dijual pada harga AS$15 (RM64) untuk versi satu butang dan AS$19 (RM81) untuk versi dua butang.
Bayangkan sekiranya anda berada di dalam situasi yang mencemaskan, pastinya butang tambahan ini mampu memberikan pertolongan dengan lebih pantas. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Kickstarter