Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Hadi Dijangka Menang Tanpa...

KOTA BAHARU - Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yakin Datuk Seri Abdul...

Penggemar Sukan ‘Jallikattu’ Serang...

NEW DELHI - Penggemar sukan tradisional menundukkan lembu jantan di India menyerang sebuah...

Gadis Muslim Bertudung Hidang...

JAKARTA - Misteri gambar seorang wanita bertudung berniaga nasi daging khinzir di Indonesia...

Alkahfi Lancar Bot Laju...

KEMAMAN - Alkahfi Lestari Oil & Gas Sdn. Bhd, melancarkan bot laju kru...

Akui Dikasari Pelakon Lelaki, Shenty Tarik Balik Laporan Polis

BARU-baru ini terdapat desas-desus menyatakan wajah pengacara program HLive, Shenty Feliziana dipenuhi kesan luka dan lebam.

Bagaimanapun, khabar angin itu akhirnya terjawab apabila tuan empunya badan sendiri mengaku dirinya telah dikasari.

BACA: Sudah Putus Asa, Syazwan Zulkifly Nekad Berhenti Berlakon

Trauma dengan kejadian itu, Shenty yang merupakan pelakon dari Singapura bertindak membuat laporan polis di Balai Polis di Kuang, Selangor pada 27 Oktober lalu atas faktor keselamatan diri.

Menurut Shenty, ketika kejadian dia dihantar oleh pelakon lelaki berkenaan ke tempat kerja sebelum dia ke lokasi penggambaran drama 2000KM ke Al Haram.

“Benar, dia sudah mengasari saya. Pada awalnya, kami hanya nak berbincang mengenai lanjutan hubungan kami.

“Saya rasa perbalahan antara kami jadi agak tertekan… dan ketika itulah dia mula naik tangan. Cukup setakat itu yang saya boleh kongsikan,” katanya kepada BH Online.

Namun, beberapa hari selepas kejadian, Shenty memberitahu dia telah menarik balik laporan polis yang dibuat dan memilih untuk memaafkan pelakon lelaki itu sebelum pulang ke Singapura untuk bertemu keluarganya.


Sebe
Sebelum ini, Shenty pernah dikaitkan dengan pelakon Syazwan Zulkifly.

“Pada hari kejadian, saya memang mengambil masa yang lama di balai polis untuk membuat laporan polis. Ketika itu saya ditemani rakan setugas. Oleh kerana memikirkan saya sendirian di Kuala Lumpur tanpa keluarga, saya nekad membuat laporan polis.

“Keputusan menarik balik laporan polis itu kerana beberapa sebab, termasuk hal kesihatan membabitkan bapa beliau (pelakon berkenaan) yang menghidap sakit jantung.

“Saya dan keluarga tidak sanggup menyusahkan keluarganya. Keluarga saya sendiri memahami apa yang dirasai keluarga mereka.

“Jadi apa yang terjadi ini, biarlah Tuhan sahaja yang membalas. Saya dan keluarga sudah memaafkan perbuatannya,” katanya.

Dalam pada itu, Shenty berharap dia tidak lagi dikaitkan dengan pelakon tersebut. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori