Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Portugal Tak Bergantung Pada...

SARANSK - Jurulatih Portugal, Fernando Santos menolak dakwaan pasukan itu terlalu bergantung harap...

“Petai Papan RM400, Tapi...

SEORANG wanita terkejut apabila dikenakan caj tidak masuk akal sehingga mencecah lebih RM800 ketika...

Ramos Didakwa Positif Dexamethasone

SERGIO Ramos gagal ujian doping selepas kemenangan Real Madrid ke atas Juventus pada...

Penceramah Mengaku Tak Salah...

KUALA LUMPUR - Seorang penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di...

Akui Tuduhan Presiden Perancis, ISIS Dalang Serangan Paris

PRESIDEN Perancis, Francois Hollande mendakwa serangan keganasan yang menyebabkan 127 orang maut pada Jumaat, adalah perang yang dilancarkan oleh puak Militan Negara Islam (ISIS).

“Ini adalah perang oleh pasukan teroris, pasukan jihad, Daesh (ISIS) bagi melawan Perancis. Ini adalah perang yang telah dirancang dan diatur dari luar negeri dengan melibatkan orang di sini yang melakukan penyiasatan, sebagai tunjang rencana tersebut,” ujar Hollande dari Istana Presiden Élysée Palace pada Sabtu.

Namun demikian, Hollande tidak menjelaskan secara spesifik data diperoleh yang membuktikan keterlibatan ISIS.

Dakwaan Holle disambut satu pernyataan bertulis didakwa daripada ISIS yang mengakui, mereka sememangnya pihak yang bertanggungjawab ke atas serangan berkenaan.


Pernyataan itu menyebut Perancis menjadi target utama kerana “Perancis telah berani menyinggung Nabi kami, menaikkan isu akan membasmi Islam di Perancis dan menyerang para jihad Muslim dengan pesawat-pesawat (tempur Perancis)”.

“Serangan ini hanyalah satu peringatan buat siapa sahaja yang ingin mendapat pengajaran,” tulis pernyataan itu lagi.

Dalam pada itu, terdapat kenyataan di Twitter dipercayai daripada pihak pro-ISIS yang menyifatkan serangan Jumaat lalu sebagai ‘mukjizat’. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori