KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan beliau tidak bimbang tentang masa depan parti itu.
Beliau dalam madahnya mengenai PAS yakin perjalanan parti itu dalam kancah politik negara akan sentiasa dilindungi Allah S.W.T
“Aku tidak bimbang perjalanan jamaah ini kerana pasti Allah S.W.T memeliharanya.
“Namun yang aku bimbang ialah petugasnya yang tidak tahan kerana jauhnya perjalanan atau besarnya menahan dan ujian,” katanya menerusi akaun Facebooknya di sini hari ini.
Justeru, Tuan Ibrahim berharap ahli PAS menerima perjuangan parti itu secara menyeluruh dengan memenuhi kewajipan tarbiyah melalui usrah.
“Ikutilah manhaj tarbiyah parti kerana itulah pakej yang lengkap agar dipelihara Allah S.W.T daripada golongan yang tercicir dari medan dakwah atau menjadi golongan yang menyusahkan jamaah,” katanya.
PAS terutama pimpinan ulamanya diserang hebat oleh penyokong Pakatan Harapan menerusi media sosial sejak kebelakangan ini.
Ia berikutan pendirian pimpinan PAS bersedia bekerjasama dengan UMNO demi kepentingan umat Islam dan kaum Melayu di negara ini. – Mynewshub.cc
[wpdevart_youtube]T1v6NpmcmN4[/wpdevart_youtube]