Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Mat Sabu Dakwa Campak...

KUALA LUMPUR - "Saya lontar mikrofon itu secara perlahan saja," dakwa Presiden Parti...

Astro Sasar 500,000 Pengguna...

KUALA LUMPUR - Astro Malaysia Holdings Bhd menjangka aplikasi penstriman radio dan muzik...

Aplikasi Terbaharu, Ukur Saiz...

JIKA dahulu wanita perlu mendapatkan pita pengukur untuk ukur saiz pakaian dalamnya, kini...

Pelajar Pendarahan Dalam Kepala...

ALOR SETAR - Seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di Sungai Petani mengalami...

Alyah Kongsi Gambar Sambut Hari Lahir Dato’ Ramli MS

WALAUPUN status hubungan suami isteri mereka bukan lagi rahsia, boleh dikatakan jarang sekali penyanyi Alyah memuat naik gambar bersama suaminya yang juga pengarah muzik terkenal, Dato’ Ramli MS .

Malah, kedua-duanya juga tidak pernah mempamerkan kemesraan mereka di khalayak ramai.  Mungkin kerana masing-masing lebih senang untuk bersikap profesional dalam kerja.

Bagaimanapun, baru-baru ini pelantun Sesal Separuh Nyawa ini dilihat berkongsi gambar beberapa gambar ketika menyambut hari jadi Ramli MS menerusi laman Instagramnya.

Menerusi gambar tersebut, dapat diagak Alyah melakukan kejutan istimewa dengan memberikan sebuah kek buat suami tercinta.

3 2

Di kesempatan itu, peminat juga tidak ketinggalan memberi ucapan selamat hari jadi kepada juri Gegar Vaganza 2 ini menerusi ruangan komen.


Tidak kurang teruja ada peminat yang teruja melihat gambar kemesraan pasangan ini meskipun hanya dua keping.

Barangkali, penyanyi ini sudah bersedia untuk bersikap terbuka dalam berkongsi kehidupan rumah tangganya.

Apa-apa pun, kita doakan moga Alyah dan Ramli MS bahagia hingga ke syurga. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=6Ghm7b93PWQ]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori