Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sultan Johor Sindir Lagi...

MUAR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan ahli politik dari luar...

Real Madrid Tagih Kembali...

BERKEMUNGKINAN besar khabar angin mengatakan bintang bola sepak Real Madrid, Gareth Bale berhijrah...

Kerana Geram, Guru Conteng...

HANYA kerana gagal menyebut perkataan yang diajar, seorang kanak-kanak telah dimalukan oleh gurunya apabila...

Johor Sasar 100% Peningkatan...

JOHOR BAHRU - Kerajaan Negeri menyasarkan peningkatan 100 peratus jumlah kedatangan pelancong bagi...

Apalah Nak Ditakut Dengan Husam! – PAS

KUALA LUMPUR – Tindakan PAS melarang debat antara Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali dengan pemimpin PAS pro-Pakatan Harapan, Datuk Husam Musa bukan kerana takut.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, debat itu dilarang memandangkan mesyuarat PAS Pusat pada 14 November lalu memutuskan Husam akan dipanggil bagi memberi penjelasan tentang tindakannya menyerang pimpinan ulama parti itu.

“Atas dasar itulah PAS menghalang debat antara tersebut. Justeru, larangan debat bukan kerana takut kepada Husam. Apalah nak ditakut pada Husam dengan pelbagai faktanya yang tidak tepat dan salah.

“Apatah lagi jika debat itu antara Husam dengan Cikgu Pa (Mustafa). Cikgu Pa bukan setahun jagung dalam kepimpinan politik,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.


Justeru, Mohd. Khairuddin menyelar penganalisis politik, Dr. Salawati Mat Basir kerana menuduh PAS takut dan cuba menyembunyikan sesuatu dengan melarang debat itu berlangsung.

“Dunia akademik mengajar mendapatkan fakta dulu sebelum membuat komen bukannnya komen rambang dengan berlapik “saya rasa”, katanya. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori