APPLE menerusi laman web rasmi mereka, telah memperkenalkan harga jualan untuk tablet terbaru, iPad Pro yang hadir dengan skrin bersaiz 12.9 inci.
Tablet terbaru ini memfokuskan kepada penggunaan tugasan kerja yang mana boleh digunakan bersama-sama papan kekunci khusus serta stylus yang dinamakan sebagai Apple Pencil.
Apple iPad Pro dipasarkan sebagai peranti iOS 9 dengan paparan Retina beresolusi tinggi, hadir dengan sokongan menyunting video 4K (4000 pixel).
iOS 9 ini juga mempunyai fungsi Handoff, sistem yang seakan beroperasi seperti Continuum pada Windows 10, di mana membolehkan tugasan pindahan dan merekabentuk fail pembentangan yang sering dilakukan ketika di pejabat dapat digunakan.
Turut hadir dengan fungsi baru adalah Split View, yang menjalankan dua aplikasi serentak, Slide Over untuk membalas mesej dengan pantas, dan memainkan video atau Face Time sambil membuat kerja dengan Picture in Picture.
Menguasakannya adalah cip Apple A9 yang menawarkan kuasa pemprosesan lebih 1.8 kali ganda berbanding Apple iPad Air 2 sebelum ini.
Ini sekaligus membolehkan pengguna menjalankan aplikasi secara bersebelahan tanpa masalah melaluinya.
Apple iPad Pro berharga bermula RM3599 untuk 32GB WiFi, RM4299 untuk 128GB WiFi, dan RM4899 untuk 128GB Wifi yang hadir bersama penggunaan selular.-MYNEWSHUB.CC
Sumber: APPLE