Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Video: Sebab Pemandu ‘Selfish’,...

DEGIL dan hanya mementingkan diri sendiri... Itu keadaan yang dapat digambarkan menerusi sebuah video,...

Sultan Johor Serah Surat...

JOHOR BAHRU - Tiga puluh dua pemohon Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ) Yayasan...

PRU15: Spekulasi Orang BN...

PETALING JAYA – Spekulasi bertiup kencang sejak petang tadi mendakwa beberapa nama besar...

Kecewa Cinta Ditolak, Lelaki Nekad...

AKIBAT terlalu kecewa cintanya ditolak, seorang lelaki di timur China sanggup untuk terjun...

Arul Kanda Kesal Tony Pua Sembunyi Di Sebalik Jawatan PAC

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua diselar kerana menjadikan jawatannya sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sebagai alasan untuk mengelak daripada berdebat tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berkata, Tony memberi alasan tidak mahu meneruskan debat itu dengan beliau kerana enggan melepaskan jawatan daripada PAC sedangkan sebelum ini Tony yang beria-ia mahu berdebat.

“Berdasarkan pengalaman, saya mengesyaki cabaran Tony itu sebenarnya lebih bermotifkan politik daripada keinginan mendapatkan kebenaran.

“Tony sebagai Ahli Parlimen selama dua penggal amat mahir dalam prosedur Parlimen dan tahu selama ini debat itu tidak boleh berlaku,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Arul Kanda turut mengkritik Tony kerana menggantikan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli untuk berdebat dengan beliau atas alasan, ia adalah debat antara Arul Kanda dengan Pakatan Harapan.

“Tidak pernah ada apa-apa persoalan tentang berdebat dengan Pakatan Harapan yang kini muncul entah dari mana dalam cubaan saat akhir dan terdesak untuk menyelamatkan Tony Pua daripada dimalukan.

“Ini adalah permainan politik yang saya sebagai seorang profesional, tidak mahu terlibat sama,” katanya.

Beliau dalam pada itu mengakui menghormati Rafizi sebagai lawan debat yang bagus tetapi Yang Dipertua Dewan Rakyat berkuasa mutlak ke atas semua perkara berkaitan Parlimen.

Menurutnya, Yang Dipertua Dewan Rakyat (Tan Sri Pandikar Amin Mulia) telah menyatakan tanggungjawab beliau sebagai seorang saksi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan sebarang perdebatan 1MDB hanya boleh berlaku selepas pendengaran PAC.

Arul Kanda bagaimanapun memberi jaminan akan menjawab 10 soalan yang Tony dedahkan kepada umum, yang beliau dakwa kononnya mahu kemukakan dalam debat 1MDB meskipun beliau sendiri yang enggan meneruskan debat itu.

“1MDB akan respon kepada soalan-soalan ini pada masa dan forum yang sesuai termasuk kepada pihak berkuasa yang sah seperti PAC.

“1MDB mengulangi kesediaan kami untuk muncul di hadapan PAC. Dalam pada itu, saya dan pasukan tetap fokus dan komited untuk melaksanakan pelan rasionalisasi 1MDB,” tegasnya. - MYNEWSHUB.CC

KENYATAAN MEDIA OLEH ARUL KANDA

Presiden & Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad

5 November 2015


“Integriti PAC mesti dihormati”

Saya merujuk kepada perintah oleh Speaker Dewan Rakyat YB Tan Sri Pandikar Amin Mulia terhadap cabaran YB Tony Pua untuk berdebat dengan saya di televisyen secara langsung. Saya sangat menghormati Speaker dan kebijaksanaan beliau dalam menjaga integriti Dewan yang mulia itu dan prosiding PAC.

YB Tony Pua telah mencabar saya untuk berdebat di televisyen secara langsung pada 29 Oktober 2015. Pada hari yang sama, saya telah menerima cabaran YB Tony Pua dengan satu syarat – “Demi mengekalkan integriti siasatan PAC, dan untuk mengelakkan sebarang konflik berkepentingan, YB Tony Pua mesti meletakkan jawatan terlebih dahulu daripada PAC”. Apabila YB Tony Pua tidak mempunyai keberanian untuk melakukan perkara yang betul dan meletakkan jawatan daripada PAC, pada 31 Oktober 2015, saya telah menarik balik syarat tersebut. Saya telah menerima cabaran beliau tanpa sebarang syarat memandangkan YB Tony Pua telah membuat pelbagai dakwaan yang salah terhadap 1MDB dan saya sendiri, jadi saya mahu berdebat secara terbuka dan membetulkannya.

Sekarang YB Tony Pua telah mengesahkan bahawa beliau tidak akan meletakkan jawatan dari PAC dan beliau tidak akan berdebat dengan saya. Beliau telah memilih untuk bersembunyi di sebalik keahliannya dalam PAC untuk lari daripada pertarungan yang beliau secara agresifnya menganggu saya untuk menerima, di mana saya telah bersetuju tanpa sebarang syarat.

Berdasarkan pengalaman lepas, saya suspek cabaran Tony Pua lebih berunsurkan politik daripada keinginannya untuk mendedahkan kebenaran. Sebagai Ahli Parlimen untuk dua penggal, sepatutnya beliau sudah arif dengan prosedur Parlimen dan tahu bahawa debat itu tidak akan berlaku.

Saya ambil tahu bahawa gabungan Tony Pua telah menawarka Rafizi Ramli sebagai pengganti berdebat. Soalan yang paling jelas adalah mengapa tidak YB Rafizi menggantikan YB Tony Pua di PAC, supaya Tony Pua boleh berdebat dengan saya? YB Tony Pua yang telah mencabar saya. Beliau menjadikannya sesuatu yang peribadi, dan menggunakan kata-kata mengejek seperti “saya tidak akan menumbuk beliau”, “dakwaan saya”, “memalukan saya” dan sebagainya.

YB Tony Pua yang telah mengeluarkan cabaran untuk berdebat dan saya menerimanya tanpa sebarang syarat. Tidak pernah ada sebarang soalan berkaitan debat dengan Pakatan Harapan, tetapi sekarang muncul secara tiba-tiba, dalam keadaan terdesak dan saat-saat akhir, untuk menyelamatkan YB Tony Pua daripada malu. Ini semua jelas permainan politik, di mana saya sebagai seorang professional, tidak akan ditarik bersama.

Saya menghormati YB Rafizi Ramli sebagai pencabar yang layak. Beliau adalah seorang pendebat yang baik dan penuh sifat kelelakian. Saya amat suka zaman berdebat dengan beliau semasa zaman muda kami dahulu. Walaubagaimanapun, Speaker memegang kuasa mutlak bagi semua perkara berkaitan Parlimen. Beliau telah mengeluarkan perintah ke atas tanggungjawab saya sebagai saksi PAC dan sebarang debat hanya boleh diadakan selepas pendengaran kes PAC.

Untuk 10 soalan yang didakwa akan dibangkitkan oleh YB Tony Pua semasa debat, saya dengan ini mengesahkan bahawa 1MDB akan memberi respon untuk kesemua soalan,pada masa dan dalam forum yang sesuai, termasuk pihak berkuasa yang sah seperti PAC.

1MDB menegaskan kesediaan kami untuk berdepan dengan PAC. Pada masa yang sama, saya dan kumpulan akan kekal focus dan komited untuk melaksanakan pelan rasionalisasi 1MDB.

Arul Kanda,

Presiden & Pengarah Eksekutif Kumpulan
1Malaysia Development Berhad

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori