Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Hari Kebangsaan Medan Penyatuan...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak...

Nafi Cadang Perogol Kahwin...

KUALA LUMPUR - Datuk Shabudin Yahya hari ini menafikan bahawa beliau telah mencadangkan...

DAP Takut Dedah Sumber...

ISU politik tanah air terus sensasi berikutan tindakan pembangkang cuba berlagak wira dengan...

AFF Akan Siasat Dakwaaan...

HANOI - Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung jumlah...

Arul Kanda Pembahas Yang Baik – Rafizi

PETALING JAYA – Arul Kanda Kandasamy telah digambarkan sebagai seorang ‘lagenda di kalangan pembahas Malaysia’ oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

Menurut beliau, Arul yang juga Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), telah mengetuai pasukan debat yang berkali-kali memenangi Piala Perdana Menteri (PPM) pada 1990-an.

Ahli Parlimen Pandan menyatakan perkara ini dalam posting blog beliau bertarikh 1 September 2010, di mana beliau telah memberi penghormatan kepada Allahyarham rakannya Adlan Benar Omar, atau Ben.

“Dalam era 90-an, PPM dimenangi berulang kali oleh Maktab Tentera Diraja (RMC) yang diterajui oleh seseorang yang bernama Arulkanda Kandasamy,” katanya.

“Selepas itu, kami bertemu ketika kami bertiga di UKEC (United Kingdom & Eire Council of Malaysian Students) di UK – dan Arulkanda (lagenda di kalangan pembahas Malaysia) seringkali mengagumi kehandalan Ben berbahas,” tulis Rafizi.


Dalam mesej teks pada Sabtu, Arul mengakui bahawa beliau sememangnya menjadi pembahas terbaik keseluruhan dan pembahas paling muda dalam pertandingan PPM ketika di tingkatan satu.

“Saya adalah pemenang termuda dalam ‘International Plain Speaking Award’ ketika tingkatan 2, mewakili Malaysia di Australia, dan selebihnya dalam adalah dalam sejarah PPM sehingga tingkatan lima,” katanya. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori